TASIK ONEGA | Tasik Onega ialah salah sebuah tasik terbesar di Eropah. Letaknya di barat laut Rusia. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta rupa bumi). Tasik ini merupakan sebahagian daripada sistem terusan yang menghubungkan Laut Putih dengan Laut Baltik. Tasik Onega ialah 9894 kilometer persegi. Tasik Onega mengalir ke Tasik Ladoga, lebih kurang 110 kilometer ke barat daya, melalui Sungai Svir. Tasik ini bersambung dengan Sungai Volga dan utara Sungai Dvina melalui serangkaian sungai dan terusan. | UMUM | |
SANDRINGHAM | Sandringham ialah estet luar bandar yang digunakan oleh keluarga diraja British. Letaknya di Norfolk, lebih kurang 11 kilometer di timur laut King’s Lynn. Estet ini diperoleh untuk Edward VII, yang pada waktu itu menjadi Putera Wales, pada tahun 1861. Rumah Sandringham siap dibina pada tahun 1870. Tamannya dimajukan dan diperbaik oleh George V dan Ratu Mary. Estet ini boleh dikunjungi oleh orang ramai sekiranya keluarga diraja tidak berada di sana. | UMUM | |
SANA | Sana (pend. 427 185) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Yaman. Letaknya di bahagian barat negara itu di sebuah daerah gunung-ganang yang subur. Untuk lokasi Sana, lihat peta dalam rencana Yaman. Bandar ini merupakan pusat ekonomi, politik, keagamaan, dan pendidikan di Yaman. | UMUM | |
TASIK TITICACA | Tasik Titicaca ialah tasik paling tinggi yang boleh dilayari di dunia. Letaknya di sempadan di antara Peru dengan Bolivia dan berada 3812 meter di atas aras laut. Panjang tasik ini ialah 180 kilometer dan lebarnya lebih kurang 72 kilometer. Ia meliputi lebih kurang 8300 kilometer persegi dan dalamnya melebihi 270 meter di beberapa tempat. Sungai Desaguadero mengalir keluar dari hujung selatan Tasik Titicaca dan mengalir masuk ke Tasik Poopó di Bolivia . | UMUM | |
DAERAH PERSEKUTUAN | Daerah Persekutuan ialah kawasan yang telah ditentukan oleh sesebuah negara sebagai tempat letaknya ibu negara. | UMUM | |
SANTA FE | Santa Fe (pend. 441 982) ialah pusat perniagaan dan perkapalan di timur-tengah Argentina. Letaknya di tebing barat Sungai Paraná di kuala Sungai Salado (lihat Argentina [peta politik]). Bandar ini ialah ibu provinsi Santa Fe. Peneroka dari Asunción, yang kini Paraguay, mengasaskan Santa Fe berhampiran dengan tapaknya kini pada tahun 1573. Tetapi tapak Santa Fe kini tidak diduduki secara tetap hingga tahun 1651. | UMUM | |
PARMA | Parma (pend. 176 750 ) ialah sebuah bandar di utara Itali. Letaknya lebih kurang 120 kilometer di tenggara Milan (lihat Itali [peta politik]). | UMUM | |
SAINT MORITZ | Saint Moritz (pend. 5263) ialah bandar peranginan yang masyhur di Pergunungan Alps di sebelah timur Switzerland. Letaknya 1840 meter di atas aras laut di Lembah Engadin dalam kanton (negeri) Graubünden. Bandar ini dibina di antara cerun gunung dan di sepanjang sebuah tasik kecil. Untuk lokasi, lihat Switzerland (peta). | UMUM | |
PARICUTÍN | Paricutín ialah gunung berapi yang paling baharu terbentuk di Hemisfera Barat. Letaknya berhampiran bandar Uruapan di barat daya Mexico (lihat Mexico [peta fizikal]). Nama gunung berapi ini mengambil sempena nama kampung Paricutín yang musnah akibat letusan gunung berapi. | UMUM | |
PALERMO | Palermo (pend. 699 691) ialah ibu negara dan pelabuhan laut utama di Sicily, sebuah pulau Itali. Letaknya di sepanjang Laut Tyrrhenian di barat laut Sicily. | UMUM | |