Pulau Norfolk ialah sebuah wilayah Australia di selatan Lautan Pasifik. Ia terletak lebih 1600 kilometer ke timur laut Sydney dan lebih 1000 kilometer ke barat laut Auckland, New Zealand. Wilayah ini terdiri daripada pulau utama – Pulau Norfolk – dan dua buah pulau kecil yang tidak didiami – Pulau Philip dan Pulau Nepean. Ia mempunyai seorang pentadbir yang dilantik oleh gabenor jeneral Australia. Pentadbir ini bertanggungjawab kepada kerajaan Australia melalui Jabatan Wilayah di Canberra. Dewan Undangan Pulau Norfolk berkuasa untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan pelbagai perkara. Tiada cukai pendapatan di Pulau Norfolk, tetapi terdapat levi kecil bagi menampung kos kerja raya. |