Tembak cakera tanah liat ialah sejenis sukan
apabila seseorang menembak cakera tanah liat
yang dilemparkan ke udara oleh mesin. Penembak
cakera tanah liat menggunakan senapang patah
yang melepaskan kelongsong yang berisi kira-kira
500 penabur. Cakera ini mempunyai diameter tidak
lebih daripada 11 sentimeter. Mesin yang
dinamakan perangkap melemparkan cakera ke
udara dengan kelajuan hampir 100 kilometer
sejam.
Tanah liat ialah bahan yang terdapat di dalam
kebanyakan jenis tanah. Ahli geologi mentakrif
tanah liat sebagai zarah tanah yang sangat kecil,
yang diameternya berukuran kurang daripada
empat mikrometer. Perkataan tanah liat juga
merujuk kepada bahan bertanah, yang terdiri
daripada jenis mineral silikat tertentu, yang telah
pecah disebabkan luluhawa.
Kelikir ialah campuran ketul-ketul batuan dengan
zarah-zarah pasir dan tanah liat. Sekurang-kurang
30 peratus daripada kelikir terdiri daripada ketul-ketul
batuan yang lebih kasar, atau lebih besar
daripada pasir – iaitu, lebih daripada dua
milimeter lebarnya. Pasir dan tanah liat
membentuk selebihnya kelikir, biasanya
membentuk 50 hingga 70 peratus daripada
keseluruhan jisim.
Rawan ialah tisu liat, berwarna putih kebiruan
yang terdapat pada manusia dan haiwan yang
bertulang belakang. Ia terdapat di hujung tulang
panjang, di antara vertebra (tulang) pada spina, dan
pada telinga, hidung dan saluran pernafasan
dalaman.
Meerschaum ialah tanah liat putih yang lembut, bergentian, atau berkelupas. Para pengilang menggunakan meerschaum untuk membuat paip tembakau. Meerschaum juga dikenali sebagai sepiolit. Meerschaum sangat ringan hingga boleh terapung di atas air.
Rotan ialah bahan yang liat, berserabut. Ia
berasal daripada batang jenis palma yang
tumbuh di timur India, Afrika. Pokok ini
tergolong dalam genus palma yang dikenali
sebagai Calamus . Batang rotan boleh tumbuh
sehingga melebihi 150 meter panjangnya. Pokok
ini memanjat pokok-pokok lain dengan cangkuk
halus pada daunnya.
Otot ialah tisu yang liat, anjal yang membolehkan
bahagian-bahagian badan bergerak. Semua
haiwan, kecuali jenis yang paling ringkas
mempunyai otot.
Kaolin ialah tanah liat putih melepak yang dibuat
daripada feldspar yang telah terurai.
Delft ialah sejenis barang tanah liat yang
dibuat pada akhir tahun 1500-an dan
berkembang sehingga pertengahan tahun
1700-an. Ia dinamakan demikian sempena
nama bandar Delft di Belanda, iaitu pusat
pengeluarannya
Tanah fuller ialah bahan seperti tanah liat yang
meluntur dan membersihkan lemak dan minyak. Ia
mengandungi 50 peratus hingga 80 peratus silika.
Pelunturan dan pembersihan berlaku apabila zarah
dari tanah fuller menghilangkan asfalt dan damar
daripada bahan berlemak atau berminyak. Zarah
tersebut melakukannya dengan menyerap (mengutip
dan mengumpulkan) asfalt dan damar tersebut (lihat
Penyerapan dan penjerapan ).
Thanks for clicking. That felt good.