Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.bel] | ليبل

Definisi : (Udg) kenyataan bertulis, gambar, dsb yg mencemarkan nama seseorang, fitnah bertulis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata libel


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIBEL

Libel ialah kenyataan bertulis, bercetak

atau kenyataan lain dalam bentuk kekal yang

merosakkan nama baik seseorang. Gambar,

tanda dan maklumat yang disiarkan di radio

atau televisyen mungkin mengandungi libel.

Slander sama seperti libel. Walau bagaimanapun,

slander melibatkan kata-kata yang diucapkan

atau kenyataan yang dilafazkan yang merosakkan

nama baik seseorang. Di negara-negara yang

membenarkan kes-kes slander, mangsa slander

mesti dapat membuktikan bahawa nama baiknya

benar-benar tercemar. Dalam tindakan libel, bukti

bahawa nama baik seseorang itu telah tercemar

tidak diperlukan. Libel dan slander merupakan

bentuk fitnah . Biasanya individu menjadi sasaran

libel, tetapi syarikat atau perbadanan mungkin

membuat dakwaan kerana menyebabkan nama

syarikat atau perbadanannya terjejas.

UMUM 

Kembali ke atas