Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg suka bercakap-cakap, suka menghasut­-hasut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lidah (kata nama)

Puisi
 

Kencang-kencang angin timur,
     Belayar tanah seberang;
Panjang-panjang engkau umur,
     Akan pembalas budi Si Dayang.


Lihat selanjutnya...(102)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENGGULUNG

Tenggulung ialah nama bagi beberapa spesies

haiwan yang menyerupai tenggiling dan armadilo.

Tenggulung hidup di tenggara Asia, Indonesia dan

beberapa bahagian Afrika di selatan Sahara. Seperti

tenggiling, tenggulung tidak bergigi, dan

mempunyai muncung yang panjang, sempit, ekor

yang panjang dan lidah yang melekit, bak tali yang

boleh dijulurkan jauh untuk menangkap semut untuk

dimakan. Tenggulung mempunyai kulit luar bersisik

yang bertindihan, bukan bulu kasar seperti pada

tenggiling. Sisik ini mempunyai pelbagai warna

perang.

UMUM 
MONITOR

Monitor ialah nama bagi sekumpulan kira-kira 30

jenis cicak yang hidup di Kepulauan Solomon, New

Guinea, Australia, Hindia Timur, Asia Selatan, dan

Afrika. Di Australia, monitor dikenali sebagai

goanna . Monitor mempunyai kepala dan leher

yang panjang dan lidah yang sempit bercabang

dalam. Badannya berwarna hitam atau perang

berjalur-jalur, berbintik-bintik atau bertelau-telau.

Kakinya pendek dan kuat, dan hujung ekornya

seperti cemeti. Biasanya panjang monitor

sekurang-kurangnya satu meter. Satu spesies

biasanya komodo dragon, berukuran tiga meter

panjangnya. Ia hidup di Kepulauan Sunda Kecil, di

Indonesia.

UMUM 

Kembali ke atas