SONGKET | SONGKET, sejenis tenunan yang menggunakan benang emas. Menurut orang Palembang, perkataan songket berasal; daripada perkataan `songko’ yang bermaksud penggunaan benang emas untuk menghias songkok. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan songket diambil daripada perkataan `nyungkit’. Nyungkit atau menyungkit bererti menghasilkan ragam hias pada sehelai kain dengan melalukan benang loseng yang telah diikat di celah-celah lidi dan kemudiannya mengeluarkan lidi-lidi itu daripada benang tersebut. | BUDAYA | Pakaian |
ANYAMAN | Hasil daripada satu proses menjalinkan helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusupkannya antara satu sama lain. Bahan asas ini dikeringkan dan dibentuk (memanjang, halus, nipis) terlebih dahulu sebelum proses anyaman dimulakan. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SATE | SATE, makanan tradisional yang diperbuat daripada daging, ayam atau perut lembu yang dipotong kecil-kecil, dicucuk ke lidi dan dipanggang. Sate dimakan dengan kuah yang dimasak daripada kacang tanah bercampur cili, rempah-rempah, gula dan asam. | BUDAYA | Makanan |
ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS | ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Cocos di Pulau Cocos, Australia. Di kalangan masyarakat ini, anak-anak muda diberi kebebasan mencari pasangan hidup sendiri dan kemudian barulah meminta persetujuan daripada ibu bapanya. Umur bagi anak perempuan berkahwin ialah 17 tahun ke atas dan bagi lelaki 21 tahun atau lebih. Pada masa dulu, pergaulan antara anak-anak muda tidaklah begitu bebas. Kesempatan mencari jodoh ialah pada waktu bulan terang. Anak-anak gadis berkumpul di hadapan rumah mereka meraut lidi daun kelapa untuk dibuat penyapu. Para pemuda mencari peluang untuk berkenalan pada waktu itu dan apabila mencapai persetujuan untuk mendirikan rumah tangga, hal itu disampaikan kepada ibu bapa masing-masing. | BUDAYA | Konsep |