LIK | Lik ialah sayur yang berkaitan dengan bawang. Tumbuhan lik mempunyai banyak daun leper yang bersambung di pangkalnya untuk membentuk batang yang tebal. Batang lik lebarnya 2.5 sentimeter hingga lima sentimeter, dan panjangnya 10 sentimeter hingga 20 sentimeter. Batangnya adalah bahagian yang boleh dimakan, rasanya seperti rasa bawang. Lik dimakan mentah, dimasak, atau digunakan sebagai perisa untuk makanan lain. | UMUM | |
LIK RUMAH | Lik rumah, yang juga dinamakan hidup selamanya, ialah sekumpulan tumbuhan sukulen yang berkaitan dengan sedum. Daunnya yang berisi cenderung membentuk roset yang padat. Bunganya yang berbentuk bintang tumbuh pada batang sehingga 30 sentimeter tingginya dan berwarna putih kehijauan, warna ros, kuning atau ungu. | UMUM | |
RAMP | Ramp atau lik liar bawang liar ialah yang tumbuh di kawasan hutan jarang yang lembap di timur Amerika Syarikat. | UMUM | |