LILI MARIPOSA | Lili mariposa ialah sekumpulan lebih kurang 60 spesies bunga yang mekar pada musim bunga dalam famili lili. Bunganya yang cantik kadangkala dinamakan tanglong pari-pari, tulip glob, lili sego atau lili rama-rama. Kelopak bunganya menyerupai sayap rama-rama. Mariposa ialah perkataan Sepanyol bagi rama-rama. | UMUM | |
BUNGA LILI | Bunga lili adalah satu daripada famili tumbuhan yang terbesar dan terpenting. Nama ini digunakan untuk banyak bunga taman dan bunga rumah panas, seperti lili rimau, lili Madonna, lili Easter putih, dan lili China dan Jepun. | UMUM | |
LILI EASTER | Lili Easter ialah sejenis pokok bunga yang tinggi berdaun panjang dan tajam. Bunga ini menjadi simbol Easter. Bunga lili besar, wangi, berbentuk trompet dan berwarna putih lilin. | UMUM | |
LILI HARIMAU | Lili harimau ialah bunga taman yang tinggi yang pada asalnya tumbuh di timur Asia. Ia mendapat namanya kerana bunganya berwarna jingga kemerahan dengan bertompok-tompok hitam. Penduduk di China, Jepun dan Korea menggunakan bebawang lili harimau sebagai makanan. | UMUM | |
TELIPUK | Telipuk, juga dinamakan lili kolam, ialah nama yang popular bagi pelbagai tumbuhan air yang cantik, yang tumbuh dalam iklim sederhana dan panas. Telipuk mempunyai tangkai daun dan bunga yang panjang, kuat yang tumbuh dari dasar berlumpur dalam air yang cetek, jernih. Daunnya yang hijau, sempit hingga bulat biasanya kelihatan terapung di atas permukaan air tetapi boleh juga terbenam dalam air. Telipuk biasanya timbul di atas permukaan air pada tangkai yang panjang. Telipuk berbunga putih adalah yang paling biasa didapati. Bunganya mungkin 30 sentimeter lebarnya. Sesetengah telipuk mekar pada waktu siang manakala yang lain pula mekar pada waktu malam. Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang dan hutan). Pengelasan saintifik. Telipuk tergolong dalam famili telipuk, Nymphaeaceae. Telipuk putih ialah Nymphaea alba. | UMUM | |
DAY LILY | Day lily ialah sejenis tumbuhan lili yang mempunyai bunga yang cantik, biasanya berwarna kuning atau jingga, kembang antara matahari terbit hinggalah matahari terbenam. | UMUM | |
SQUILL | Squill ialah nama bagi beberapa tumbuhan yang mempunyai akar bebawang. Ia tergolong dalam famili lili. Satu jenis squill, yang dinamakan bawang laut, tumbuh di sekitar Laut Mediterranean. Ia mengeluarkan bebawang yang kadangkala beratnya 1.8 kilogram. Bebawang squill ini mempunyai nilai ubatan. | UMUM | |
DOGTOOTH VIOLET | Dogtooth violet ialah mana-mana satu daripada sekumpulan lebih kurang 30 tumbuhan dalam famili lili yang tumbuh di kawasan beriklim sederhana di Hemisfera Utara. Tumbuhan ini dinamakan demikian kerana bebawangnya yang kecil, runcing berwarna putih kelihatan seperti gigi anjing. | UMUM | |
ALOE | Aloe ialah nama kumpulan yang terdiri daripada melebihi 200 tumbuhan berdaun tebal yang berasal daripada Timur Tengah, Madagascar, dan selatan Afrika. Ia sering ditanam di kawasan beriklim panas. Aloe berkaitan dengan lili, walaupun kedua-duanya sangat berbeza dari segi rupa. | UMUM | |
ASFODEL | Asfodel ialah tumbuhan semula jadi yang lasak dan berasal dari kawasan Mediterranean. Bunganya berwarna kuning pucat dan berbentuk seperti trompet itu tumbuh dalam kelompok terburai. Akar asfodel tebal dan berisi. Daunnya yang panjang lagi nipis itu tumbuh bergugusgugus, hampir seperti daun dafodil (lihat Dafodil ). Pengelasan saintifik: Asfodel adalah dalam famili lili, Liliaceae. Ia adalah Asphodeline lutea . | UMUM | |