LIMAU NIPIS | | UMUM | |
SITRUS | Sitrus ialah nama sekumpulan pokok dan pokok renek yang tergolong dalam famili rue. Sesetengah buah sitrus adalah oren, limau gedang, limau, mandarin, termasuk klementin, satsuma, tangelo, tangerin, tangor, dan kacukannya; kumquat, oren pahit, limau nipis, sitron, limau dan bergamot. Pokok sitrus tumbuh liar di beberapa bahagian di India dan Asia. Orang Cina adalah yang pertama menanam pokok sitrus, lebih daripada 4000 tahun dahulu. Pokok dan pokok renek sitrus telah ditanam di bahagian-bahagian lain di dunia untuk buahnya bertahun-tahun lamanya. | UMUM | |
MISTLETOE | Mistletoe adalah tumbuhan yang tumbuh sebagai parasit pada batang dan dahan pelbagai pokok. Mistletoe Eropah dan mistletoe Amerika paling kerap tumbuh pada pokok oak, atau epal. Mistletoe juga boleh tumbuh pada pokok-pokok lain seperti pokok limau nipis, hawthorn, sycamore, poplar, dan fir. | UMUM | |
ASID SITRIK | Asid sitrik ialah asid organik biasa yang memberi rasa masam pada buah lemon, limau dan buah-buahan sitrus yang lain. Jus lemon mengandungi 6 hingga 7 peratus asid ini. Nama sitrik berasal daripada perkataan Latin citrus yang bermakna pokok sitron (sama dengan pokok lemon dan pokok limau nipis). Carl Wilhelm Scheele, ahli kimia Sweden adalah orang pertama yang mengasingkan asid sitrik daripada jus lemon pada tahun 1784. | UMUM | |
MINUMAN RINGAN | Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol, berperisa, yang disediakan dengan air bergas. Minuman ini dinamakan ringan untuk membezakannya daripada minuman keras (beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah minuman ringan yang paling banyak digunakan. Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren, anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di banyak negara di dunia. | UMUM | |
TANGELO | Tangelo ialah buah sitrus mandarin yang terhasil daripada pendebungaan silang antara tangerin dengan limau gedang. Perkataan tangelo berasal daripada tangerin dan pamelo , nama lain bagi limau gedang. Tangelo berkulit nipis dan sedap rasanya. Jenis yang penting termasuk Minneola dan Orlando, kedua-duanya dari Amerika Syarikat. Ugli ialah tangelo Jamaica yang banyak ditanam di Hindia Barat. Lihat juga Tangerin; Tangor. | UMUM | |