Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lim.fa] | ليمفا

Definisi : (Bio) bendalir jernih kekuning-kuningan yg mengandungi terutamanya sel darah putih yg beredar dlm salur limfa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lim.fa] | ليمفا

Definisi : ist cecair jernih berwarna kekuning-kuningan yg mengandungi sel darah yg terdapat di dlm salur limfa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata limfa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM LIMPASistem limfa terdiri dari salur limfa, nodus limfa dan beberapa organ; organ-organ utama terdiri dari sumsum tulang dan kelenjar timus (yang terletak di sebalik tulang dada – sternum, berkedudukan di atas jantung); organ-organ sekunder terdiri dari tonsil dan limpa (bahagian atas kiri abdomen), nodus limfa (di sepanjang saluran limfa dan tertumpu di bahagian leher, ketiak, abdomen dan kelangkang), tampalan Peyer ‘Peyer’s patch’ (pada bahagian usus) dan apendiks. BIOLOGISistem
SKROFULA

Skrofula ialah sejenis tuberkulosis (batuk kering)

yang menyerang nodus limfa di leher. Tisu ini

membantu badan melawan penyakit dengan

menapis bakteria dan mikrob lain daripada

kerongkong. Kebanyakan kes skrofula disebabkan

meminum susu tanpa dipasteurkan daripada

lembu yang menghidap tuberkulosis. Suhu

daripada lembu itu mengandungi tuberkulosis.

Pempasteuran membunuh bakteria tuberkulosis,

dan hampir tiada kes skrofula terjadi di negara

yang susunya dipasteur secara tetap.

UMUM 
NANAH

Nanah ialah cecair putih kuning yang dikeluarkan

oleh badan semasa berlaku jangkitan. Ia

mempunyai limfa dan sel darah putih. Pada masa

dahulu, doktor bercakap tentang nanah laudable,

yang dikatakan menunjukkan keadaan luka yang

memuaskan. Kini mereka tidak percaya bahawa

nanah adalah “landable”. Bagaimanapun, doktor

mengakui pembentukan nanah sebagai satu cara

badan boleh melawan jangkitan.

Lihat juga Abses.

UMUM 
SALURAN HAVERS

Saluran havers ialah saluran-saluran halus di

dalam tisu tulang padat, iaitu lapisan luar tulang

yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh

darah, salur limfa (bendalir tisu), tisu perantara, dan

saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari

pembuluh yang lebih besar dalam periosteum

(selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang.

Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran

untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu

tulang ini dikenali sebagai sistem osteon atau

sistem havers. Osteon ialah struktur asas yang

membentuk tulang padat.

UMUM 

Kembali ke atas