Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lim.pa] | ليمڤا

Definisi : organ vaskular yg terletak dekat perut, yg membentuk limfosit, mengeluarkan anti­bodi, membantu memusnahkan sel darah merah yg telah rosak, dan menyaring bakteria dan zarah-zarah asing dr darah, kura; ~ kecil = anak ~ hempedu; berlimpa ada limpa; tidak ~ ki tidak ber­perasaan, tidak berhati perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lim.pa] | ليمڤا

Definisi : organ dlm tubuh (di sebelah kiri perut) yg mengeluarkan cecair yg dpt menolong penghadaman makanan dan pembersihan darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata limpa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANAK LIMPA

Anak limpa ialah daging yang enak yang berasal

daripada organ-organ dalam tertentu pada anak

haiwan. Timus anak lembu muda menghasilkan anak

limpa yang dijual di restoran yang terbaik. Anak

limpa lembu tua dikenali sebagai anak limpa perut .

Ia hampir seperti anak limpa timus.

UMUM 
LIMPA UMUM 
SISTEM LIMPASistem limfa terdiri dari salur limfa, nodus limfa dan beberapa organ; organ-organ utama terdiri dari sumsum tulang dan kelenjar timus (yang terletak di sebalik tulang dada – sternum, berkedudukan di atas jantung); organ-organ sekunder terdiri dari tonsil dan limpa (bahagian atas kiri abdomen), nodus limfa (di sepanjang saluran limfa dan tertumpu di bahagian leher, ketiak, abdomen dan kelangkang), tampalan Peyer ‘Peyer’s patch’ (pada bahagian usus) dan apendiks. BIOLOGISistem
ABDOMEN

Abdomen ialah rongga badan di antara toraks

(dada) dengan rongga pelvik. Dinding otot yang

kuat, dikenali sebagai diafram, memisahkan

abdomen dari toraks. Tetapi tidak ada struktur

yang memisahkan abdomen dari rongga

pelvik. Organ abdomen terdiri daripada perut, hati,

pankreas, usus, ginjal, kelenjar adrenal dan limpa.

Membran nipis yang dikenali sebagai peritoneum

melapisi seluruh rongga abdomen dan melitupi

kebanyakan organ abdomen.

UMUM 
KUSTA

Kusta juga dikenali sebagai penyakit Hansen,

ialah sejenis penyakit berjangkit yang kronik.

Penyakit ini khususnya menyerang bahagian kulit;

membran mukus, terutamanya dalam hidung; dan

sistem saraf periferal, yang merangkumi saraf yang

menghubungkan saraf tunjang dengan otot-otot.

Pada peringkat lanjut penyakit ini, fungsi mata, hati,

limpa, otot, dan sumsum tulang juga boleh terjejas.

Kusta biasanya tidak membawa maut. Walau

bagaimanapun, pesakit yang tidak dijaga atau

dirawat boleh mengalami kecacatan pada bentuk

tangan dan kaki.

UMUM 
TALASEMIA

Talasemia ialah penyakit darah secara keturunan

yang menyebabkan anemia. Penyakit ini terjadi

terutamanya pada kanak-kanak yang keturunannya

berasal dari kawasan Mediterranean. Talasemia

juga terjadi pada orang Amerika kulit hitam dan

sesetengah orang Asia dan Timur Tengah.

Tubuh kanak-kanak yang menghidap talasemia

tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang

mencukupi, iaitu pigmen yang memberikan warna

merah pada sel darah. Hemoglobin juga membawa

oksigen ke tisu tubuh. Kekurangan hemoglobin

menyebabkan organ mangsa kekurangan oksigen

yang diperlukan. Gejala talasemia wujud semasa

kelahiran atau muncul kira-kira enam bulan

kemudian. Gejala ini termasuk kulit pucat, keletihan,

kerengsaan, selera terjejas, dan pertumbuhan

terencat. Kanak-kanak yang terlibat mempunyai

jantung, hati dan limpa yang membesar. Penyakit ini

juga mencacatkan dan melemahkan tulang tertentu,

khususnya tulang di bahagian muka.

UMUM 

Kembali ke atas