| SURAH AL-NUR | Surah al-Nur ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-24 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 64 ayat. Ia dinamakan surah al-Nur (cahaya) kerana terdapat dalamnya pancaran-pancaran sinar ketuhanan (al- Nur Rabbani), iaitu dengan mensyariatkan hukum-hakam dan adab-adab serta kelebihan-kelebihan kemanusiaan yang merupakan sumber daripada cahaya Allah S.W.T. terhadap hamba-Nya dan daripada limpahan-limpahan rahmat dan kemurahan-Nya. | UMUM | |
| EMPANGAN TINGGI ASWAN | Empangan Tinggi Aswan merupakan empangan yang dibina bagi mengelakkan limpahan air Sungai Nil di Mesir. | UMUM | |
| SURAH AL-TUR | Surah al-Tur ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-52 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 49 ayat. Surah ini dinamakan al-Tur kerana Allah S.W.T. memulakan surah ini dengan bersumpah dengan nama Bukit Tur, tempat Nabi Musa a.s. berbicara dengan Allah S.W.T. Peristiwa itu menjadikan Bukit Tur diliputi dengan cahaya dan kebesaran serta limpahan rahmat Ilahi yang menjadikannya tempat serta permukaan bumi yang dimuliakan. | UMUM | |