Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tugu peringatan (drpd batu); ~ alam Id sesuatu daerah (hutan, sungai, dll) yg dikekalkan keadaannya, kawasan simpanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lingga I

Puisi
 

Tidak boleh dibenang-benang,
     Anak Lingga mabuk pinang;
Tidak boleh dikenang-kenang,
     Air mata jatuh berlinang.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LINGGA

LINGGA, pulau yang terletak di antara Sumatera dan Singapura. Lingga termasuk dalam Propinsi Riau, Republik Indonesia. Pada abad ke-18, Lingga diletakkan di bawah kerajaan Johor yang berpusat di Kepulauan Riau. Pada waktu itu Lingga didiami oleh Orang Laut di bawah perintah Orang Kaya Mengat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
RIAU-LINGGA

RIAU-LINGGA, kesultanan Melayu pada abad ke-18 dan abad ke-19. Nama kerajaan Riau-Lingga diubah bergantung pada tempat pusat kerajaan itu. Setelah kerajaan Melaka dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, pusat kerajaan didirikan di bahagian  selatan Johor, dan selama abad ke-17, kerajaan Melaka disebut kerajaan Johor. Pada tahun 1699, sewaktu Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dibunuh, Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik sebagai Sultan dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Pada tahun yang sama, kerajaan Johor diserang oleh Raja Kecil dari Siak yang mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud. Dengan itu, pusat kerajaan Johor dipindahkan ke Pulau Bintan. Pada tahun 1709, sultan dan kerabat istana berpindah ke Riau, Pulau Bintan. Sepanjang abad ke-18, kerajaan Johor disebut Riau-Lingga kerana kota sultan terdapat di beberapa tempat di Riau, dan wilayah yang diperintah sultan termasuk Pulau Lingga, pulau-pulau lain di kawasan Laut China Selatan dan di Semenanjung Tanah Melayu, Johor dan Pahang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KANUN RIAU-LINGGA

KANUN RIAU-LINGGA, teks Melayu lama menceritakan asal usul raja-raja Melayu yang memerintah Johor-Riau.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAkta
RIAU LINGGAtempatSEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KESULTANAN JOHORKESULTANAN JOHOR, institusi kerajaan Johor. Kesultanan Johor bermula daripada Kesultanan Johor-Riau-Lingga yang wujud sekitar abad ke-16. Pusat kerajaannya bermula di tanah besar Johor atau disebut juga 'Hujung Tanah' kemudian beralih ke Riau dan akhirnya sebelum berpecah, sultan bersemayam di Lingga.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
TANJUNG PUTERI

Tanjung Puteri ialah nama asal Johor Bahru dan

pusat pemerintahan Temenggung Ibrahim yang

terletak di tepi Selat Teberau. Konflik dalam kerajaan

Riau-Lingga-Johor semenjak awal abad ke-18,

berakhir dengan pembahagian kuasa terhadap

kawasan dalam kerajaan Melayu terakhir itu.

UMUM 
SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAHSULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAH ( ? -1760), Sultan Johor Riau-Lingga-Pahang (1721-1760). Baginda diputerakan setelah ayahandanya, Bendahara Tun Abdul Jalil, dilantik sebagai Sultan Johor dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1719), pengganti Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.  Pada tahun 1721, keluarga Sultan Abdul Jalil dengan sokongan tentera upahan Bugis telah melantik Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor, Riau, Lingga dan Pahang. Baginda bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMANSULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMAN ( ? -1841), Sultan Riau-Lingga yang kedua (1832-1841). Sultan Muhammad Syah juga dikenal sebagai Tengku Besar.  Baginda ditabal sebagai Sultan Riau-Lingga selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Abdul Rahman, pada 9 Ogos 1832.  Sebaik sahaja ditabalkan sebagai sultan, baginda telah melantik Raja Abdul Rahman, cucu kepada Raja Haji dari Riau, sebagai Yang Dipertuan Muda Bugis, menggantikan bapanya Raja Jaafar.  Sultan Muhammad Syah telah mengarahkan Yang Dipertuan Muda Abdul Rahman menyerang Inuk, jajahan Johor yang berada di bawah pemerintahan Raja Merkung dan Raja Markasan.  Kedua-duanya adalah ketua lanun yang dikatakan merompak, melanun dan sering mengganggu perdagangan di kawasan tersebut.  Raja Merkung dapat dikalahkan dan dihukum pancung.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PULAU PENYENGATPULAU PENYENGAT, pusat kerajaan Riau-Lingga pada abad ke-19. Pulau kecil ini terletak bertentangan Tanjung Pinang, di Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia. Pulau ini juga dikenal dengan nama Pulau Penyengat Indera Sakti yang bermaksud ‘pulau kerajaan’, dan dalam tulisan Eropah ia disebut sebagai Pulau Mars.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ENGKU TENGAH RAJA HAJI

ENGKU TENGAH RAJA HAJI, ( ? - ?), puteri keempat raja haji, Yang Dipertuan Muda Riau Keempat. Ibunya berasal dari Inderagiri (Sumatera). Engku Tengah dibesarkan di Riau –Lingga. Sewaktu Sultan Ibrahim Syah, Sultan Selangor yang kedua  (1778 – 1826) berkunjung ke Riau –Lingga, sekitar tahun 1800, baginda mengahwini Engku Tengah (sepupunya) dan Engku Tengah digelar Engku Puan Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas