LINGGI | LINGGI, mukim dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, bersempadan dengan Melaka. Dari segi sejarah, Linggi sering dilanda konflik antara pelbagai pihak yang ingin menguasai perniagaan bijih timah. Punca konflik ialah Sungai Linggi yang merupakan laluan utama hasil bijih timah dari Sungai Ujong ke pusat pengumpulan di Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DATO' MUDA LINGGI | DATO’ MUDA LINGGI, jawatan yang diwujudkan oleh orang dari Pulau Riau yang merantau ke Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Jawatan ini juga dikenal sebagai Dato’ Sitiawan atau Orang Kaya Luak Linggi. Ketua pemerintah Sungai Ujong, Dato’ Kelana Leha (1780-1800) mengarahkan mereka membuka perkampungan di tepi Sungai Linggi bersebelahan Sungai Ujong pada tahun 1783, dan mereka diketuai oleh Dato’ Awaluddin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
SYEIKH HAJI MUHAMMAD SAID AL-LINGGI | Syeikh Haji Muhammad Said al-Linggi (1874–1926), ulama dan pengarang kitab. Dia terkenal sebagai ulama yang mengembangkan Tarekat Ahmadiah yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Idris ad-Dandrawi. Dia mengembara hingga Kemboja, Thailand dan Singapura, selain Semenanjung Tanah Melayu dalam usaha mengembangkan ilmu dan tarekat | UMUM | |
DAENG MANAMPOK | DAENG MANAMPOK (? -1735), pemimpin Bugis. Dia dikenal juga dengan nama Raja Tuan Bugis. Dia ialah putera Raja Lampoko (Sulawesi Barat Daya) yang pernah menghina Raja Bugis, Arung Palaka pada tahun 1690, lalu meninggalkan Sulawesi dan pergi ke Jawa. Menurut rekod Belanda, pada tahun 1711 Daeng Manampok menetap di Linggi, berhampiran dengan tempat tinggal Daeng Marewah di Sungai Penagie, Linggi. Dia membantu Daeng Marewah menguasai daerah timah di Linggi dan Selangor dan mengiringi Daeng Marewah ke Kedah untuk membantu Raja Kedah dalam perang saudara di Kedah pada tahun 1715. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHD. HASHIM HAJI TALIB | MOHD. HASHIM HAJI TALIB (1884-1963), pendidik dan penulis. Dia lahir pada 2 Disember 1884 di Kampung Tengah, Linggi, Negeri Sembilan. Dia mendapat pendidikan di sekolah Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Melaka pada tahun 1900. Dia adalah perintis maktab tersebut, yang merupakan maktab pertama di Semenanjung yang menyediakan latihan perguruan yang khusus untuk para guru sekolah Melayu. Pelajar yang mencapai keputusan terbaik sahaja diterima sebagai pelatih di sini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DAENG MAREWAH | DAENG MAREWAH (? -1728), Yang Dipertuan Muda Riau-Johor yang pertama dan juga orang yang mendirikan perkampungan Bugis di Linggi dan Selangor. Daeng Marewah ialah anak yang ketiga kepada Opu Tendribureng Daeng Rilaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMED SAID HAJI MUHAMMAD, TAN SRI | MOHAMED SAID HAJI MUHAMMAD, Tan Sri (1907-1996), Menteri Besar Negeri Sembilan (1959-1969). Dia lahir pada 31 Oktober 1907 di Linggi, Negeri Sembilan. Dia merupakan anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama berkelulusan doktor pakar dalam bidang perubatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATO' BANDAR SUNGAI UJONG | DATO’ BANDAR SUNGAI UJONG, gelaran pembesar yang diwujudkan oleh Sultan Abdul Jalil III, Sultan Johor, semasa Sungai Ujong berada di bawah takluk Johor, bermula pada tahun 1715. Dato’ Bandar mempunyai kuasa memungut hasil, cukai perniagaan dan perkapalan sepanjang Sungai Linggi. Kekayaan Dato’ Bandar meletakkannya setaraf dengan kedudukan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Manakala Syahbandar, pembesar ketiga di Sungai Ujong pula telah ada pada zaman Kesultanan Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
SYED ABDUL RAHMAN, DATO' KELANA | SYED ABDUL RAHMAN, Dato’ Kelana ( ? – 1889), Undang Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Beliau menggantikan bapa saudaranya, Dato’ Kelana Sendeng, yang meninggal dunia pada tahun 1872. Ketika menjadi Dato’ Kelana, Syed Abdul Rahman menerima cabaran daripada Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal tentang pungutan cukai di Kuala Linggi. Pada 21 April 1874, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan pihak British. Dengan termeterainya perjanjian ini, beliau bersetuju berlindung di bawah kerajaan British. Beliau juga bersetuju meletakkan kawasan dari Sempang hingga Permatang Pasir di bawah pentadbiran dan kawalan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUHAMMAD YUSUF AHMAD, DATO' | MUHAMMAD YUSUF AHMAD, Dato’ (1900-1980), pentadbir dan penulis. Dia lahir pada 17 September 1900di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Muhammad Yusuf ialah adik kepada Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). Dia mendapat pendidikan formal di Sekolah Melayu Batu Kikir dan Linggi (1907-1912). Kemudian dia menjadi guru pelatih dan seterusnya mengikuti kursus perguruan selama dua tahun di Maktab Perguruan Melayu Melaka (1914-1916). Dari tahun 1916 hingga tahun 1919, Muhammad Yusuf menyambung pelajarannya di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan menamatkan pengajiannya hingga Darjah Tujuh. | SASTERA | Tokoh |