Okinawa ialah pulau yang terbesar dan terpenting di Kepulauan Ryukyu, lingkaran pulau di Lautan Pasifik Utara. Okinawa meliputi kawasan seluas 1434 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 1 048 298 orang. Naha, ibu negeri dan bandar terbesar di Kepulauan Ryukyu, terletak di Okinawa. Okinawa ialah pulau yang terbesar di prefecture (daerah) Okinawa Jepun. Daerah ini turut meliputi Kepulauan Ryukyu selatan. Hampir kesemua penduduk daerah ini tinggal di Okinawa. |