LIPATAN | Lipatan dalam bidang geologi ialah sejenis bentuk kedutan seperti gelombang, berlaku pada batuan berlapis akibat tindakan daya di muka bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
SAMPUL SURAT | Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak sebagai pelindung daripada kehilangan atau kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan. Mesin yang pertama berjaya membuat sampul surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898, John Ames Sherman telah mematenkan mesin pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik, mengurangkan kos membuat sampul surat bergam. | UMUM | |
SISIK | Sisik ialah plat leper yang membentuk selaput luar kebanyakan ikan dan banyak ular dan cicak. Lipatan kulit yang keras, berduri membentuk sisik reptilia. Pada kebanyakan ikan, sisik adalah cakera bertulang yang tumbuh dari bawah kulit. Tetapi sisik ikan jerung mempunyai renamel di permukaan luar dan tulang di permukaan dalam. Sisik juga meliputi beberapa mamalia seperti tenggiling bersisik. Sisik bertindih dengan satu sama lain seperti atap genting dan menjadi perisai perlindungan kepada badan lembut di bawahnya. Sisik berbeza-beza dari segi saiz, bentuk, dan susunan, bergantung pada haiwannya. Sayap rama-rama dan kupu-kupu juga mempunyai sisik yang halus, gebu. | UMUM | |
NAGA TERBANG | Naga terbang ialah nama yang biasanya diberi kepada cicak terbang di tenggara Asia dan Hindia Timur. Ia membesar sepanjang kira-kira 20 sentimeter. Ia sebenarnya tidak terbang, tetapi meluncur dengan menggunakan lipatan kulit yang mengembang pada rusuknya. Naga terbang tinggal di atas pokok dan meluncur dari pokok ke pokok untuk mencari makanan atau untuk mengelakkan musuhnya. Semasa berehat, ia melipatkan “sayap” pada sisi badannya. Pada musim mengawan, serangga jantan mengembangkan “sayap” yang berwarna terang untuk menarik perhatian serangga betina. | UMUM | |
PENDING | PENDING, sejenis perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga, suasa atau kayu yang dipakai di dada atau tali pinggang. Pending asli hanya menggunakan bengkung atau tali pinggang yang dibentuk daripada lipatan kain dan pending dijadikan kepalanya. | BUDAYA | Kraf Tangan |
DESTAR | DESTAR, sejenis pakaian di kepala yang di sesetengah tempat dikenali dengan setangan, tengkolok atau tanjak, mengikut reka bentuknya. Destar biasanya menggunakan kain yang dipintal dan diikat di kepala seperti serban, atau diikat di keliling tarbus tinggi atau kopiah. Ada juga destar yang dibuat daripada sehelai kain (setangan) yang sederhana besarnya dan diikat di kepala mengikut cita rasa pemakainya. Sekiranya lipatan kain itu meruncing ke atas, ikatan ini disebut tanjak. Tengkolok pula lebih rumit reka bentuknya yang biasanya dipakai oleh raja dan orang bangsawan. | BUDAYA | Konsep |