IBRAHIM OMAR | IBRAHIM OMAR (1936- ), penulis. Dia lahir pada 17 Jun 1936, di Kampung Jeram Landak, Mela, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenarnya ialah Ibrahim bin Imam Omar. Dia pernah menggunakan nama samaran Suria sewaktu menulis puisi dan Al-Mali dan Malawi apabila menulis rencana politik dan sains. | SASTERA | Tokoh |
NAZAR NONG | NAZAR NONG, (1928-1994), pejuang anti-British. Dia lahir pada 25 Januari 1928, di Kuala Lipis, Pahang. Dia berasal daripada keturunan keluarga Tuk Gajah dan Mat Kilau, pahlawan Pahang yang berjuang bersama-sama Dato’ Bahaman menentang penjajah Britsh pada akhir abad ke-19. Bapanya, Mohammad Nong bin Abdul Rahman, penghulu yang disegani dan pernah berkhidmat di beberapa buah mukim termasuk Budu, Tembeling Tengah dan Kuala Tembeling d Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AHMAD KOTOT | AHMAD KOTOT (1894-1993), penulis. Dia lahir pada 10 Jun 1894 di Kampung Locok, Mukim Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Kotot dan pernah menggunakan nama pena A.N.P Damha, ABKA Pahang, Alif Ba Ta, Ahmad Batu Talam, Anak Negeri Pahang, Intan Dikarang Di Negeri Pahang dan Malim Kerimun. | SASTERA | Konsep |
PERSATUAN MELAYU PAHANG | PERSATUAN MELAYU PAHANG, persatuan negeri. Persatuan ini ditubuhkan pada 20 Mac 1938 di Kuala Lipis, Pahang. Ia ditubuhkan sebaik-baik sahaja, berita penubuhan Persatuan Melayu Perak diumumkan di akhbar. Para pemimpinnya terdiri daripada golongan bangsawan dan pegawai tadbir negeri. Presidennya ialah Tengku Muhamad bin Sultan Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Manakala naib presidennya ialah Dato’ Husin bin Muhammad Taib, Orang Besar Empat Pahang. Penaung persatuan ini ialah Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
ZAKARIA HITAM | (1912- ), budayawan, pengumpul dan penulis sastera rakyat. Dia lahir pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Pekan, Pahang. Dia lebih dikenali dengan panggilan Pak Zek. Zakaria mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Sekolah Inggeris Pekan dan Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang. Dia lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937. Pada tahun 1954, dia lulus peperiksaan undang-undang bagi Pegawai perkhidmatan Melayu (MCS) dan dua tahun kemudian (1956) dia mendapat diploma dalam Public Administation dan diploma dalam bidang Secretarial Practice (Local Government). Dia memulakan kariernya sebagai kerani biasa di Jabatan Kerajaan. Dia pernah menjadi pegawai RIDA, setiausaha kepada Menteri Besar Pahang dan akhirnya menjadi pegawai kerja di Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang sehinggalah dia bersara pada 31 Disember 1970. | SASTERA | Tokoh |
AHMAD HAJI SALLEH | AHMAD HAJI SALLEH (1926- ), pemimpin Rejimen ke-10, Parti Komunis Malaya (PKM). Dia lahir di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Temerloh, kemudian pelajaran menengah melalui Kelas Khas Melayu di Clifford English School, Kuala Lipis hingga tamat Darjah Enam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |