TITI WHEATSTONE | Titi Wheatstone ialah sejenis litar elektrik yang digunakan untuk menentukan rintangan yang tidak diketahui (lihat Litar elektrik) . Ia terdiri daripada empat perintang yang biasanya disusun mengikut bentuk deman. | UMUM | |
LITAR ELEKTRIK | | UMUM | |
LITAR ELEKTRIK - PERINTANG | Alat | FIZIK | Alat/Alatan |
KEARUHAN | Kearuhan ialah sifat litar elektrik yang menentang sebarang perubahan arus yang mengalir dalam litar itu. Arus elektrik dikelilingi oleh medan magnet. | UMUM | |
KAPASITOR | Kapasitor ialah alat yang menyimpan tenaga elektrik dalam bentuk cas elektrik. Kapasitor mempunyai banyak kegunaan dalam litar elektrik dan litar elektronik. | UMUM | |
METONIMI | Metonimi. Kita sering menggunakan perkataan secara kiasan berbanding dengan secara harfiah. Sesetengah bentuk ungkapan ini dinamakan metonimi. Apabila kita “turn on the light”, kita sebenarnya menekan suis, menutup litar elektrik dan menyebabkan lampu menyala. Kita memberi nama kesan kepada sebab. | UMUM | |
METER AMPERE | Meter ampere ialah peranti yang digunakan untuk mengukur kekuatan kadar aliran arus elektrik dalam sesuatu litar elektrik. | FIZIK | Alat/Alatan |
AMPERE | Ampere ialah unit yang digunakan untuk mengukur kadar aliran arus elektrik. Ia adalah salah satu daripada tujuh unit asas dalam sistem metrik, dan simbolnya ialah A. Ampere digunakan untuk mengukur elektrik sebagaimana unit gelen per minit digunakan untuk mengukur air. Arus elektrik mengalir pada kadar 1 ampere apabila 1 coulomb (unit caj elektrik) mengalir melepasi satu bahagian litar elektrik dalam masa 1 saat (lihat Coulomb ). Oleh itu, 1 ampere bersamaan dengan 1 coulomb per saat. Ahli fizik mentakrif ampere dari segi daya magnetik, yang diukur dalam newton, yang dihasilkan oleh arus. | UMUM | |
SUIS ELEKTRIK | Suis elektrik ialah peranti yang mengawal aliran arus elektrik dalam litar. Jenis yang paling biasa ialah suis togol tindakan sentap yang digunakan untuk menghidupkan dan memadamkan lampu. Dalam suis demikian, handal tertebat mengaktifkan mekanisme tersorok yang menyambungkan atau memutuskan litar. Apabila suis dihidupkan dua logam bersentuh dan arus mengalir melalui litar. Apabila suis ditutup sentuhan terpisah dan aliran arus terputus. | UMUM | |
HUKUM ARUHAN FARADAY | Hukum aruhan Faraday, hukum yang menyatakan bahawa magnitud daya gerak elektrik (dge), yang teraruh dalam suatu litar elektrik, berkadar terus kepada kadar perubahan fluks magnet yang memotong merentasi litar tersebut. | FIZIK | Teori/Teorem/Hukum |