Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. pertaining to literature, kesusasteraan, sastera: ~ works, karya kesusasteraan; 2. fond of, knowledgeable about, producing literature, sasterawan: in ~ circles, di kalangan sasterawan; a ~ man, sasterawan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata literary


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAINTE-BEUVE, CHARLES AUGUSTIN

Sainte-Beuve, Charles Augustin (1804–1869),

pengkritik Perancis yang menjadi pelopor

teragung kritikan sastera menurut kaedah biografi.

Menulis dalam gaya yang halus dan bijak, dia

melibatkan diri dalam keseluruhan bidang seni dan

persuratan. Esei yang sangat baik diterbitkan dalam

Literary Portraits (1829–1846), Contemporary

Portraits (1846), Monday Chats (1853–1862)

sebanyak 15 jilid, dan More Monday Chats (1863–

1872) sebanyak 10 jilid.

UMUM 
MOORE, GEORGE AUGUSTUS

Moore, George Augustus (1852–1933) ialah

pengarang Ireland. Novel-novelnya menunjukkan

pengaruh realisme Honore de Balzac dan

naturalisme Emile Zola. Novelnya, Confessions of

a Young Man (1888), merupakan pemaparan yang

bijak mengenai eksperimen di Paris. Novel Esther

Waters (1894) menceritakan penderitaan dan

nasib malang seorang gadis pembantu rumah.

Novel Heloise and Abelard (1921) ialah sebuah

karya fiksyen kisah percintaan yang terkenal pada

Zaman Pertengahan dan merupakan karya agung

fiksyen ciptaannya. Ia merupakan salah satu

penyusunan semula yang amat imaginatif

mengenai kehidupan pada Zaman Pertengahan.

Moore lahir di Kaunti Mayo. Dia berusaha

untuk mewujudkan drama asli Ireland dan

membantu membentuk Irish Literary Revival. Dia

menjelaskan usaha-usahanya dalam memoir Hail

and Farewell (1911–1914). Avowals (1919) dan

Conversations in Ebury Street (1924) merupakan

karya autobiolografinya dalam bentuk dialog.

UMUM 
RUSSELL, GEORGE WILLIAM

Russell, George William (1867–1935), penyair,

pelukis, dan wartawan Ireland. Dia merupakan

ketua Irish Literary Revival, pergerakan yang

bermula pada akhir tahun 1800-an.

UMUMUmum

Kembali ke atas