Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.to.graf] | ليتوݢرف

Definisi : cetakan yg dihasilkan melalui kaedah litografi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata litograf


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMIMPIN WARITA

PEMIMPIN WARITA, akhbar Melayu bertulisan Jawi yang diterbitkan di Pulau Pinang pada penghujung abad ke-19.  Akhbar yang dicetak secara cap batu (litograf) ini mula diterbitkan pada 4 November 1895.  Harga langganannya ialah $4.00 setahun.  Pada tahun 1897, harga akhbar ini diturunkan kepada $3.00 setahun.  Akhbar ini diterbitkan oleh Khor Teow Han, yang menerbitkannya melalui percetakan Kim Saik Hean, yang dimilikinya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
WAJAH SELONG

WAJAH SELONG, akhbar Melayu yang diterbitkan di Colombo, Sri Lanka.  Akhbar ini dicetak dalam tulisan Jawi dan diterbitkan pada bulan April 1895.  Wajah Selong diterbitkan pada masa yang sama dengan akhbar Jawi Peranakan (1876-1895) dan Pemimpin Warta (1897) yang menghentikan percetakannya.  Penerbit dan pengedar Wajah Selong ialah Baba Ounus Saldin, seorang sasterawan Melayu yang terkenal di Sri Lanka.  Dia juga bertanggungjawab menerbitkan akhbar Alamat Langkapuri yang juga bertulisan Jawi di Sri Lanka.  Baba Ounus Saldin menulis dan mengatur semua kandungannya,  Wajah Selong dicetak dengan cap batu dan litograf di pejabat percetakan kepunyaannya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas