Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.to.gra.fi] | ليتوݢرافي

Definisi : kaedah mencetak pd permukaan yg mendatar (plat logam atau batu) dgn mengalir­kan dakwat pd bahagian tertentu permukaan yg berkenaan (menurut reka bentuk bahan yg hendak dicetak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata litografi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENEFELDER, ALOIS

Senefelder, Alois (1771–1834), mencipta

proses litografi (lihat Litografi). Sebagai anak

muda, Senefelder menulis drama. Oleh kerana dia

tidak dapat menerbitkan dramanya, maka dia cuba

mencetaknya sendiri. Semasa menyediakan

goresan di atas papak batu, dia menulis di atasnya

menggunakan krayon lilin dan mendapati bahawa

goresan itu boleh didakwatkan (diwarnakan) dan

dicetak. Dia lahir di Munich, Jerman.

UMUM 
LITOGRAFI UMUM 
SENI GRAFIK

Seni grafik ialah istilah umum bagi lukisan dan

teknik lain yang digunakan untuk menghasilkan

semula perkataan dan gambar. Teknik tersebut

termasuk cetakan blok, turisan, goresan, litografi,

dan cetakan skrin sutera. Seni lukis cat pernah

dianggap sebagai salah satu seni grafik, tetapi kini

dianggap ia umumnya sebagai bentuk seni yang

tersendiri.

UMUM 
SYAIR SULTAN ABDUL MULUK

SYAIR SULTAN ABDUL MULUK, puisi Melayu tradisional. Syair ini pernah diterbitkan oleh Roorda van Eysinga pada tahun 1847 dalam majalah Tijdschrift Nederlandsch Indie.      Terdapat lima buah versi syair ini iaitu MS 450 milik Perpustakaan Negara Malaysia, Cod. Or 1740, Cod. Or 1748 dan Cod. Or 3368 milik Perpustakaan Universiti Leiden, dan  sebuah lagi tersimpan di Pusat Dokumentasi dan Kebudayaan Pulau Penyengat, Riau. Syair Sultan Abdul Muluk juga telah diterbitkan oleh Muhammad Ali bin Uthman, Melaka (1867), Haji Muhammad Tahir, Kampung Bangkahulu (1868), Haji Abdul Majid, Singapura (1874), Haji Muhammad Amin, Singapura (1894)  dan Matba’ Haji Muhammad Siraj, Singapura  (1901). Terbitan ini semuanya dalam bentuk litografi Jawi.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas