LITOSFERA | Litosfera, lapisan kulit bumi yang secara umum bersifat pepejal atau tegar. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
ALAM SEKITAR | Keadaan semula jadi di sekeliling manusia, haiwan, dan tumbuhan. Secara saintifik, alam sekitar juga dikenali sebagai biosfera yang terdiri daripada atmosfera, hidrosfera, dan litosfera yang merangkumi segala hidupan di bumi. | KEJURUTERAAN | Konsep |
ASTENOSFERA | Astenosfera, lapisan dalam bumi yang melapisi sebelah bawah litosfera yang bersifat sebagai lapisan pejal yang mulur. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sifat/Keadaan |
ISOSTASI | Isostasi ialah keadaan keseimbangan graviti di antara litosfera dengan asenosfera, iaitu apungan plat tektonik pada aras tinggi bergantung pada ketebalan dan ketumpatannya. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |