TAN-TAN | TAN-TAN, kerajaan awal di Nusantara. Namanya mula-mula sekali muncul dalam catatan sumber China, Sui-shu, bersama-sama dengan 10 buah kerajaan lain, antaranya ialah Pan-pan, Chih-tu dan To-lo-mo, yang menghantar perutusan ke negeri China dari tahun 605 M. hingga tahun 616 M. Lokasi kerajaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada yang mengatakan ia terletak di India dan ada pula yang mengandaikan ia terletak di Pulau Natuna. Menurut Paul Wheatly, Tan-tan terletak di salah sebuah kuala sungai selepas kuala Sungai Kelantan, iaitu kuala Sungai Besut atau Sungai Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
MALAYU | MALAYU, kerajaan tua yang pernah wujud di pesisir Sumatera Timur sekitar abad ke-7 M. Dalam catatan I-Tsing, pendeta Buddha China, ‘Malayu’ dikenal sebagai Mo-lo-yo. Sejarah Baru Dinasti Tang mencatatkan bahawa kerajaan Malayu pernah menghantar perwakilan ke istana Dinasti Tang pada sekitar tahun 645 M. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |