| TIMBANGAN DAN UKURAN | Timbangan dan ukuran ialah piawai yang digunakan untuk mencari saiz benda. Sistem ukuran yang terawal berdasarkan pada unit seperti kaki dan hasta (panjang lengan bawah manusia) yang mudah digunakan, atau berdasarkan pada berat logam berharga. Sistem ini telah digantikan dengan sistem metrik, yang dicipta di Perancis pada tahun 1790-an, berdasarkan pada meter, gram atau kilogram, dan saat. | UMUM | |
| OSMIUM | Osmium ialah unsur logam keras, simbol kimianya ialah Os. Beratnya dua kali berat plumbum, dan mempunyai ketumpatan 22.48 gram per sentimeter padu pada 20 ° C. Berat atomnya ialah 190.2 dan nombor atomnya ialah 76. Smithson Tennant, ahli kimia British, menemui osmium pada tahun 1804. | UMUM | |
| PLATINUM | Platinum ialah unsur kimia dengan simbol Pt. Ia adalah logam yang berharga, berwarna putih perak yang lebih bernilai daripada emas. Nombor atomnya ialah 78 dan berat atomnya ialah 195.08. Platinum adalah satu daripada bahan yang diketahui paling berat. Kuantiti platinum yang diketahui beratnya lebih kurang 21 kali ganda berat kuantiti air yang sama. | UMUM | |
| NEODIMIUM | Neodimium ialah unsur kimia yang mempunyai simbol Nd. Ia adalah logam yang tergolong dalam kumpulan nadir bumi. Nombor atomnya ialah 60. Berat atomnya ialah 144.24. C. F. Auer von Welsbach dari Austria menemui unsur ini pada tahun 1885. Dia mengasingkan unsur yang dikenali sebagai didimium kepada neodimium dan praseodimium. Neodimium melebur pada 1021 o C, dan mendidih pada 3074 o C. Ia mempunyai ketumpatan 7.003 gram per sentimeter padu pada 25 o C. Logam ini boleh disediakan melalui elektrolisis garam halidanya, atau melalui penurunan garam ini oleh logam bumi alkali ini dengan menggunakan haba. Industri seramik menggunakan garam neodimium untuk mewarnakan kaca dan dalam serlis. Logam ini wujud dalam logam misch , iaitu aloi yang mempunyai banyak kegunaan, dan dalam laser Nd- YAG yang penting. | UMUM | |
| MONAZIT | Monazit ialah mineral berat, berwarna kuning-perang. Ia adalah sebatian fosfat (fosforus dan oksigen), yang terdiri daripada logam nadir bumi dan torium. Formula kimianya ialah (Th , Ce, la, Y)PO 4 . Monazit adalah satu sumber daripada torium, iaitu bahan api nuklear yang digunakan dalam sesetengah reaktor nuklear. Monazit juga adalah sumber penting bagi unsur dan sebatian nadir bumi, yang digunakan dengan meluas dalam pembuatan kaca dan logam. | UMUM | |
| PLUMBUM | Plumbum , unsur kimia yang berat, berwarna kelabu kebiruan, adalah satu daripada logam yang paling lama diketahui di dunia. Simbol kimianya, Pb, berasal daripada perkataan Latin, plumbum . Manusia telah menggunakan plumbum ribuan tahun dahulu sebagai bahan binaan, bahan untuk perpaipan air dan membuat tembikar serta objek lain. Kini, plumbum adalah penting kepada banyak industri, terutamanya industri yang menghasilkan bahan kimia, tenaga nuklear dan petroleum. | UMUM | |
| SKANDIUM | Skandium ialah logam yang lembut, berwarna putih keperakan. Simbol kimianya ialah Sc. Nombor atomnya ialah 21 dan berat atomnya ialah 44.9559. Pada tahun 1869, Dmitri Mendeleev dari Rusia meramalkan kewujudannya. Pada tahun 1879, Lars Nilson dari Sweden menemuinya dalam mineral gadolinit dan euksenit. Skandium dinamakan sempena nama Scandinavia. Skandium terdapat dalam sejumlah yang kecil dalam lebih daripada 800 mineral, tetapi sangat mahal untuk diekstradisi dan tidak mempunyai kegunaan yang penting. Skandium melebur pada 1541ºC dan mendidih pada 2831ºC. Ketumpatannya ialah 2.489 gram per sentimeter padu pada 20ºC. Lihat juga Unsur kimia (jadual). | UMUM | |
| NIKEL | Nikel ialah unsur kimia logam berwarna putih yang digunakan dalam aloi. Nombor atomnya ialah 28 dan berat atomnya ialah 58.69. Simbol kimia Ni. Nikel adalah bermagnet, sangat berkilat dan tidak mudah pudar. | UMUM | |
| SAMARIUM | Samarium ialah unsur kimia dengan simbol Sm. Ia adalah satu daripada logam nadir bumi. Nombor atomnya ialah 62 dan berat atomnya ialah 150.36. Ketumpatannya ialah 7.536 gram per sentimeter padu pada 25 ° C (lihat Ketumpatan ). Ia dinamakan sempena nama jurutera Rusia Kolonel Samarski. Paul Émile Lecoq de Boisbaudran dari Perancis menemui samarium pada tahun 1879. Samarium paling baik dipisahkan daripada lain-lain nadir bumi melalui proses pertukaran ion atau proses ekstraksi pelarut. Samarium berwarna perak dan mengoksida dengan perlahan dalam udara. Oksida biasa, Sm 2 O 3 , berwarna kuning pucat dan larut dengan cepat dalam kebanyakan asid. Logam ini melebur pada 1074 ° C dan mendidih pada 1794 ° C. Aloi samarium dan kobalt adalah bahan magnet yang sangat baik dan mempunyai banyak kegunaan komersial. Lihat juga Bumi nadir; Unsur kimia. | UMUM | |
| EUROPIUM | Europium (simbol kimia, Eu) ialah satu logam yang jarang-jarang ditemui. Nombor atomnya ialah 63 dan berat atomnya 151.96. | UMUM | |