Yawata ialah sebuah pusat industri berat Jepun yang penting. Yawata juga sebahagian daripada bandar raya Kitakyushu, yang terletak di utara pantai pulau Kyushu (lihat Jepun [peta politik]). Kilang di Yawata membuat besi jongkong daripada bijih yang diimport dan menghasilkan kebanyakan daripada besi keluli yang diperlukan oleh Jepun. Yawata terletak berhampiran dengan lombong batu arang dan mempunyai loji kok. Semasa Perang Dunia II, Yawata menjadi sasaran pertama serangan udara B-29 Amerika Syarikat, pada 15 Jun 1944. |