Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki dr tanah terus ke atas atau ke depan, loncat: ~nya jauh; ~ (ber)galah (Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lombol bergalah; ~ gagak terjengket-jengket (berjalan); ~ jauh (Suk) acara loncat jauh; ~ kangkang lompat sambil membuka kedua-dua kaki; ~ katak sj permain­an kanak-kanak (meloncat, melampaui belakang orang); ~ kijang (Suk) a) acara meloncat, melangkah, dan meloncat; b) loncat dgn melangkaui satu loncatan; ~ pagang loncat melampaui gawang; ~ pagar (Suk) perlumbaan melompat pagar oleh pelari, kuda, dll; ~ parti keluar drpd keanggotaan sesebuah parti politik utk menyokong atau menganggotai parti politik yg lain; ~ sehari (dua hari) selang sehari (dua hari), lat sehari (dua hari); ~ tali a) meloncat ke kiri ke kanan tali yg direntang; b) meloncat tali yg diayun dan dipusing (permainan kanak-kanak); ~ tinggi (Suk) acara meloncat melampaui suatu rin­tangan yg dapat ditinggikan atau direndah­kan; se~ hidup, se~ mati prb perihal orang sakit yg hampir maut (entah hidup entah mati); berlompatan, berlompat-lompatan me­loncat beramai-ramai, meloncat ke sana sini: budak-budak itu ~ keluar apabila mendengar bunyi kereta; mereka ~ dan saling mengejar; melompat mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, me­loncat: ia ~ turun ke tanah; melompati 1. melompat melampaui, meloncati: ia lari keluar dgn ~ pagar; 2. melompat (keatas) kpd seseorang atau ke sesuatu, mener­kam, menerpa: dgn geram, ia ~ musuhnya; melompatkan menyebabkan (membawa) melompat, meloncatkan: ia ~ kudanya ke dlm parit; terlompat 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat: tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2. terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia itu ~ drpd mulut­nya, walau dlm berhandai-handai sekalipun; perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan; terlompat-lompat sl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari; lompatan 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan, dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu; pelompat orang yg melompat (dlm sukan); sepelompat, sepelompatan jarak satu lompat, sejauh orang dapat melompat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Sambil lompat berlari-lari,
     Lompat mari ke dalam kolam;
Tuan cabut cincin di jari,
     Tidakkah turun di hati muram.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Melanting menuju tampuk,
     berkata menuju benar.

Bermaksud :

Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAHUN LOMPAT

Tahun lompat, mempunyai 366 hari atau lebih

satu hari berbanding dengan satu tahun biasa.

Tahun lompat berlaku setiap empat tahun sekali

kecuali tahun yang menandakan ratus yang genap

misalnya 1500. Satu-satunya tahun kurun yang

merupakan tahun lompat ialah tahun yang boleh

dibahagikan secara genap dengan 400, seperti

tahun 1600 dan 2000. Tahun lompat ditambahkan

kepada kalendar untuk menjadikan tahun kalendar

hampir sama seperti tahun suria, iaitu masa yang

diambil untuk matahari melepasi garisan ekuinoks

musim bunga sebanyak dua kali. Hari yang

berlebihan itu ditambah pada penghujung bulan

Februari iaitu 29 Februari, sekali setiap empat

tahun. Lihat Tahun .

UMUM 
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA

Pertandingan lompat kuda ialah

pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam

acara pertandingan lompat kuda, penunggang

bertanding dengan menunggang kuda atau kuda

padi dan melompat melepasi pelbagai halangan

yang disediakan khas. Halangan yang lazim

termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan

tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan

lompat kuda memasukkan halangan yang tetap

seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan

lompatan air. Dua atau lebih halangan yang

diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya

dikenali sebagai <i> kombinasi. i> Halangan mempunyai

<i> ketinggian i> (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau

<i> kelebaran i> (sehingga lebih kurang 2.2 meter,

melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang

4.25 meter). Halangan seperti <i> oxer i> (kombinasi

pagar pokok dan selusur) atau palang tiga

serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran.

Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12

halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa

mungkin mempunyai lebih halangan.

UMUM 
KACANG LOMPAT

Kacang lompat ialah biji sejenis pokok renek

Mexico, yang terkenal kerana pergerakannya

seperti melompat dengan pantas. Pergerakan

kacang lompat ini sebenarnya disebabkan oleh

beluncas yang hidup di dalam bijinya.

UMUM 
LOMPAT JAUH

Lompat jauh ialah acara padang yang melibatkan larian pantas dan diikuti dengan lonjakan sejauh yang mungkin sebelum mendarat di atas pasir.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
SMYTHE, PAT

Smythe, Pat (1928–1996) membuktikan dirinya

sebagai salah seorang ahli menunggang kuda

wanita dan penunggang pertandingan lompat kuda

yang terbaik di United Kingdom (UK). Pada tahun

1949, dia meraih gelaran penunggang

pertandingan lompat kuda tahun tersebut. Pada

tahun 1962, dia memenangi Saddle of Honour

di Pertandingan Lompat Kuda Diraja Antarabangsa.

Pat Smythe lahir di East Sheen, Surrey. Dia mula

menunggang kuda ketika berusia empat tahun. Dia

memenangi beberapa roset dengan menunggang

<i>Finality i>dalam Pertandingan Lompat Kuda

Antarabangsa di Stadium White City; London pada

tahun 1947. Ketika itu dia berusia 18 tahun. Kudanya

yang lain termasuklah <i>Toscai>, <i>Prince Hal i>dan

<i>Flanagani>. Pada tahun 1963, dia berkahwin dan

menggunakan nama Patricia Rosemary Koechlin.

UMUM 
DEKATLON

Dekatlon ialah pertandingan yang memakan

masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk

menentukan johan secara keseluruhan. Atlet

akan bertanding dalam acara pecut 100 meter,

lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan

larian 400 meter dalam urutan yang sama pada

hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah

lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat

bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet

bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang

telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu

sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga

1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan

yang paling banyak memenangi pertandingan

dekatlon ini.

UMUM 
LOMPAT TINGGI UMUM 
LOMPAT KIJANG UMUM 
LOMPAT BERGALAH UMUM 
LARI LOMPAT PAGAR UMUM 
12

Kembali ke atas