LOMPAT JAUH | Lompat jauh ialah acara padang yang melibatkan larian pantas dan diikuti dengan lonjakan sejauh yang mungkin sebelum mendarat di atas pasir. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
ABRAHAMS, HAROLD MAURICE | Abrahams, Harold Maurice (1899–1978), memegang rekod lompat jauh tempatan Inggeris selama 32 tahun dengan lompatannya sejauh 7.378 meter, yang dibuat pada tahun 1924. Sebulan kemudian, dia memenangi perlumbaan larian 100 meter di Paris, dalam masa yang menyamai rekod 10.6 saat. Abrahams lahir di Bedford dan menuntut di Cambridge University. Pada tahun 1924, dia memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai penyiar, wartawan, ahli statistik, dan kemudian pentadbir atletik. | UMUM | |
DEKATLON | Dekatlon ialah pertandingan yang memakan masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk menentukan johan secara keseluruhan. Atlet akan bertanding dalam acara pecut 100 meter, lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan larian 400 meter dalam urutan yang sama pada hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga 1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan yang paling banyak memenangi pertandingan dekatlon ini. | UMUM | |
LEWIS, CARL | Lewis, Carl (1961- ), jaguh Sukan Olimpik dalam acara 100 m, 200 m, 4 x 100 m dan lompat jauh. | SUKAN | Tokoh |
RABUAN PIT | RABUAN PIT (1956- ), olahragawan. Dia lahir pada 26 April 1956 di Merlimau, Melaka. Rabuan meminati bidang sukan sejak di bangku sekolah, khususnya dalam acara lompat kijang dan lompat jauh. Bagaimanapun, dia memberi tumpuan kepada permainan bola sepak dan badminton serta mewakili pasukan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |