Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lon.ca.tan] | لونچتن

Definisi : 1. perbuatan meloncat: mereka memperlihatkan ~ dgn kuda; 2. jaraknya (tingginya) meloncat: ia telah mencapai ~ setinggi dua meter; 3. = batu ~ tempat meloncat: ia menganggap kejayaan itu sbg batu ~ utk mencapai kejayaan yg lebih besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lon.ca.tan] | لونچتن

Definisi : 1 gerakan meloncat; hasil perbuatan meloncat; lompatan. 2 jarak atau tinggi meloncat. 3 tempat meloncat; tumpuan meloncat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata loncatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG KHAYBAR

Perang Khaybar berlaku pada bulan Muharam

tahun ketujuh Hijrah antara umat Islam di bawah

pimpinan Rasulullah s.a.w. dengan kaum Yahudi

Khaybar. Peperangan ini berpunca daripada sikap

orang Yahudi Khaybar dan pemimpin Yahudi

daripada suku Bani Nadir yang merasakan boleh

menggunakan kaum Quraisy dan beberapa suku

Arab yang lain sebagai batu loncatan untuk

menembusi bandar Madinah dengan tujuan

menghapuskan umat Islam. Dengan itu, mereka

memainkan peranan penting dalam peperangan

al-Ahzab. Rasulullah s.a.w. bertekad untuk

menghapuskan bahaya yang mengancam

keselamatan umat Islam.

UMUM 
SPRINGHARE

Springhare ialah rodensia yang hidup di timur dan

selatan Afrika. Ia juga dikenali sebagai springhaas,

atau Cape jumping hare. Springhare hidup dalam

lubang yang panjang dalam tanah yang mempunyai

satu atau banyak tempat masuk. Haiwan ini aktif

terutamanya pada waktu malam. Springhare sering

meloncat seperti kanggaru, hanya menggunakan kaki

belakangnya yang panjang. Ia mungkin meloncat

sejauh 3 meter dalam satu loncatan.

UMUM 

Kembali ke atas