LONG, CRAWFORD WILLIAMSON | | UMUM | |
LONG BEACH | | UMUM | |
LONG GHAFAR | LONG GHAFAR ( ? -1794), Perdana Menteri Kelantan. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia hidup sezaman dengan Long Yunus, iaitu pengasas negeri Kelantan moden dan keturunan Long Yunus atau kerabat diraja yang memerintah negeri Kelantan sejak pertengahan abad ke-18 hingga kini. Long Ghafar dikatakan anak Raja Reman. Sebelum tahun 1810, Reman merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Melayu Patani, tetapi selepas tahun 1909, menjadi sebahagian daripada Wilayah Yala, selatan Negara Thai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PULAU LONG | Pulau Long (pend. 6 861 474) ialah pulau yang membentuk bahagian tenggara negeri New York. Jumlah penduduknya lebih besar daripada jumlah penduduk di 41 buah daripada 50 buah negeri di Amerika Syarikat. Pulau ini dipenuhi kawasan bandar yang sesak, kawasan subbandar yang besar, dan bandar kediaman yang lebih kecil. Ladang, perkampungan nelayan, dan pusat peranginan terletak di kawasan sebelah timur. Sebahagian daripada kawasan sebelah barat Pulau Long termasuk dalam kawasan New York City. | UMUM | |
LONG JAAFAR | LONG JAAFAR ( ? -1858), pentadbir daerah Larut, Krian dan Bagan Tiang, Perak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Jaafar dipercayai daripada keturunan Aceh, yang pernah memerintah Perak hampir lebih kurang seratus tahun pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Long Jaafar ialah cucu Pandak Jamaluddin, Orang Besar Enam Belas Perak yang pertama dengan gelaran Dato’ Paduka Setia, dan anak Alang Allaidin, Orang Besar Lapan. Long Jaafar mula dikenal pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Muazzam Shah (m.m. 1819-1930) memegang jawatan Dato’ Panglima Bukit Gantang dan berkahwin dengan sepupunya, Ngah Pura, anak Dato’ Alang Alaidin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LONG YUNUS | LONG YUNUS ( ? -1795), Sultan Kelantan (m.m. 1763-1795) keturunan Dato’ Pangkalan Tua, Patani. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Pada kurun ke-17, dua orang anak Dato’ Pangkalan Tua, Tuan Sulong dan Tuan Besar datang ke Kelantan. Tuan Sulong berkahwin dengan Che Biru, anak Penghulu Kampung Laut; manakala Tuan Besar berkahwin dengan Raja Pah, anak Sultan Omar. Tuan Sulong membina kediaman di Kota Kubang Labu, Tuan Besar pula tinggal di Jembal. Hasil perkahwinannya, Tuan Sulong mendapat Long Muhammad dan Long Pandak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LONG BAHAR | LONG BAHAR ( ? -1733), Sultan Kelantan (m.m. 1721-1733). Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Bahar dikenal juga dengan nama Tuan Besar. Sebelum menetap di negeri Kelantan, Long Bahar dikatakan telah pun mempunyai dua orang anak, iaitu Tuan Nik atau Tuan Sulaiman dan Tuan Melor. Semasa di Kelantan dia memperoleh beberapa orang anak, antaranya Tuan Kundor dan Tuan Nik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LONG PANDAK | LONG PANDAK ( ? - ? ), Sultan Kelantan (1756-1768). Keturunan Long Pandak tidak jelas. Ada sejarah tempatan mengatakan dia anak Tuan Sulong, iaitu anak Wan Daim yang dikenal sebagai Dato’ Pangkalan Tua yang dikatakan pernah menjadi raja negeri Patani yang berasal dari Bugis. Long Pandak dikatakan berkahwin dengan Engku Tengah (Tuan Tengah) atau dikenal juga dengan gelaran Engku Pasir Mas, anak Raja Raman yang sekarang merupakan sebahagian daripada Wilayah Yala, selatan Negara Thai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL LATIF LONG | ABDUL LATIF LONG (1946- ), pengukir. Dia lahir di Kampung Cawat, Besut, Terengganu. | BUDAYA | Konsep |
ATAN LONG | ATAN LONG (1936-1993), tokoh pendidikan dan penulis. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |