GEOLOGI PETROLEUM | Kajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam kerak bumi. Oleh sebab kebanyakan longgokan petroleum ditemui dalam batuan sedimen, maka ilmu geologi petroleum banyak menyentuh tentang proses sedimentasi dan proses lain yang berkaitan | KEJURUTERAAN | Konsep |
ANALISIS KEROGEN | Kajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam batuan kerak bumi. | KEJURUTERAAN | Konsep |
BATUAN PUNCA | Kajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
TANAH JERLUS | Longgokan pasir di permukaan bumi yang tidak mempunyai cukup kekuatan untuk menanggung beban di atasnya. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
PLANKTON | Plankton ialah longgokan organisma halus yang terampai pada atau berhampiran permukaan lautan, tasik, dan kawasan berair lain. Perkataan plankton berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud pengembaraan . Sebahagian organisma plankton boleh berenang, tetapi tidak cukup kuat untuk mengelak daripada dibawa arus. | UMUM | |
RASP, CHARLES | Rasp, Charles (1846–1907), menjumpai longgokan logam perak berhampiran Broken Hill, di New South Wales, Australia, pada tahun 1883, ketika bekerja sebagai penyelia sempadan. | UMUM | |
KORD | Kord ialah suatu unit untuk mengukur longgokan kayu api. | UMUM | |
PASIR BITUMIN | Pasir bitumin juga dikenali sebagai pasir tar, merupakan longgokan pasir yang mengandungi bitumin. Bitumin ialah bahan seperti gam berwarna hitam untuk membuat kok, gas, dan minyak. | UMUM | |
TIMBUNAN BUANGAN | Timbunan buangan ialah timbunan kerang-kerangan dan sampah-sarap yang lain yang ditinggalkan oleh penghuni awal sesebuah tapak arkeologi. Timbunan ini merupakan longgokan sampah daripada tapak khemah atau kampung yang pada suatu masa dahulu menjadi tempat tinggal manusia. Sesetengahnya berusia ribuan tahun. Timbunan buangan ini mengandungi alat-alat yang diperbuat daripada tulang dan batu, kulit cangkerang yang isinya menjadi makanan, ada kalanya serpihan tembikar, dan tulang haiwan dan mungkin juga tulang manusia. Ahli arkeologi yang mengkaji timbunan buangan ini akan membina kembali kehidupan harian dan adat resam yang berubah-ubah di kalangan manusia yang hidup sebelum sejarah ditulis. | UMUM | |
MACMILLAN, DONALD BAXTER | MacMillan, Donald Baxter (1874–1970), penjelajah kutub Amerika yang banyak memberikan pengetahuan tentang Greenland dan Artik Kanada. Dia mendahului kepercayaan bahawa kawasan glasier sedang bergerak ke selatan. MacMillan menemui longgokan batu arang di kawasan sembilan darjah dari Kutub Utara. Longgokan ini merupakan sisa 36 jenis pokok dan menunjukkan bahawa iklim di kawasan tersebut pada suatu masa dahulu tidak sesejuk itu. | UMUM | |