Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.séng] | لوسيڠ

Definisi : (loséng) bahagian alat tenun tempat menggulung benang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata loseng


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAIN KARAT

KAIN KARAT, kain yang ditenun dengan ‘kek’ atau alat tenunan. ‘Karat’ dalam kelengkapan peralatan menenun ialah sejenis jentera dan kayu pemijak bagi mengangkat benang loseng dan menyilangkan benang pakan. ‘Mengarat’ bermakna mengangkat setiap lembar benang loseng bagi menghasilkan satu tenunan sama ada tenunan tabi atau twil.

BUDAYAKraf Tangan
IKAT

IKAT, teknik mengikat benang-benang loseng dan pakan sebelum dicelup warna bagi menghasilkan ragam hias dan corak tenunan. Teknik ini telah dikenal pasti sejak zaman kebudayaan dongson di kawasan Tongkin dan Annam Utara (Vietnam) yang meresap ke Alam Melayu pada sekitar tahun 500 S.M. Teknik ini mempunyai persamaan dengan tenunan orang gunung Siam, pua kumbu Iban, ulos Batak, tenunan Jawa, Bali, Sumbawa, Bima dan Sulawesi.

BUDAYAProses/Tindak Balas
CINDAI

CINDAI, sejenis tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenun benang ikat ganda. Benang pakan dan loseng diikat celup dengan bahan pencelup semula jadi terlebih dahulu sebelum ditenun, bagi menghasilkan motif dan corak kain.

 

BUDAYAKraf Tangan
KAIN SAYAP PEKAKAKAIN SAYAP PEKAKA, Kain limar tapak catur punca potong yang ditenun daripada benang sutera halus di kedua-dua benang loseng dan pakan. Kain ini telah menjadi kain basahan atau sebahagian daripada pakaian harian kaum lelaki di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bagi pakaian harian, kain ditenun daripada benang kapas sahaja.BUDAYAKraf Tangan
PUAPUA, kain tenunan yang dihasilkan oleh suku kaum Iban di Sarawak. Pua ditenun dengan menggunakan kek sandang belakang yang disebut sebagai body tension loom atau back strap loo. Di kalangan kaum Iban, alat tenunan ini disebut sebagai tumpuh. Tumpuh ialah sejenis alat tenunan ringkas dan ringan. Penenunnya duduk di atas lantai dengan merenggangkan benang loseng pada penyandang atau strap di bahagian punggungnya.BUDAYAKonsep
SONGKET

SONGKET, sejenis tenunan yang menggunakan benang emas.  Menurut orang Palembang, perkataan songket berasal; daripada perkataan `songko’ yang bermaksud penggunaan benang emas untuk menghias songkok.  Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan songket diambil daripada perkataan `nyungkit’.  Nyungkit atau menyungkit bererti menghasilkan ragam hias pada sehelai kain dengan melalukan benang loseng yang telah diikat di celah-celah lidi dan kemudiannya mengeluarkan lidi-lidi itu daripada benang tersebut.

BUDAYAPakaian

Kembali ke atas