Moore, Gerald (1899–1987) ialah pemain piano British yang mencapai kemasyhuran melalui kemahirannya sebagai pemuzik iringan. Muzik iringannya kepada penyanyi dan pemain violin dikagumi di seluruh dunia. Moore lahir di Watford, Hertfordshire, England. Dia menulis mengenai seni pemuzik iringan dalam The Unashamed Accompanist (1943) dan Singer and Accompanist (1953). Autobiografinya diterbitkan dalam dua jilid: Am I Too Loud? (1962) dan Farewell Recital (1978). Dia juga menulis Furthermore: Interlude in an Accompanist’s Life (1983). |