| LOVE-IN-THE-MIST | | UMUM | |
| LOVE, NAT | | UMUM | |
| ELIOT, T.S. | Eliot, T.S. (1888–1965), tergolong antara penyair yang paling penting pada tahun 1900- an. Dalam “The Love Song of J. Alfred Prufrock”, The Waste Land, dan puisi-puisi yang lain, dia meninggalkan teknik dan tema puisi sebelum Perang Dunia I. Puisi dan karya kritikannya membantu pembentukan semula kesusasteraan moden. Pada tahun 1948, Eliot menerima Hadiah Nobel bagi bidang kesusasteraan. | UMUM | |
| ARNE, THOMAS | Arne, Thomas (1710–1778), penggubah lagu Inggeris. Dia menulis lagu patriotik “Rule, Britannia”. Drama dan baladanya yang diiringi dengan muzik amat penting dalam perkembangan opera balet. Arne bersama-sama Isaac Bickerstaff, seorang penulis drama Irish, bekerjasama menghasilkan balada seperti Love in a Village . Arne menulis banyak latar lagu muzik dari lakon Shakespeare, seperti “Where the Bee Sucks” dari lakon The Tempest. Thomas Arne lahir di London. | UMUM | |
| O'BRIEN, EDNA | O’Brien, Edna (1932– ), novelis Ireland yang membina reputasinya melalui novelnya yang pertama, The Country Girls , yang diterbitkan pada tahun 1961. Karyanya yang lain termasuk The Lonely Girl (1962), Girls in Their Married Bliss (1963), dan The Love Object (1968). Dia juga menulis beberapa buah cerpen, skrip drama televisyen, dan skrip filem. O’Brien lahir di Tuamgraney di Kaunti Clare, Ireland. Dia berpindah ke England pada tahun 1958. | UMUM | |
| PENANG FREE SCHOOL | PENANG FREE SCHOOL, sekolah Inggeris pertama di Tanah Melayu. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1816, di Love Lane, oleh R.S. Hutchings. Penubuhan Penang Free School mendorong pentadbir British menubuhkan sekolah Inggeris yang lain di Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1826, Malacca Free School ditubuhkan, diikuti oleh Singapore Free School (1834). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |