| LOW, JAMES | tokoh | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| PERJANJIAN LOW | PERJANJIAN LOW (1826), perjanjian yang dimeteraikan pada 18 Oktober 1826 antara James Low, wakil Syarikat Hindia Timur Inggeris, dengan Sultan Abdullah Mu’azzam Syah, Sultan Perak. Perjanjian ini, mewujudkan hubungan rasmi antara pihak British dengan negeri Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
| LOW, HUGH | Low, Hugh (1824-1905), Residen Inggeris di Perak dari tahun 1877 hingga 1889. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| MAITLAND, FREDERIC WILLIAM | Maitland, Frederic William (1850–1906), ahli sejarah Inggeris yang merintis pengajian sejarah hukum Inggeris yang awal. Kajiannya melahirkan banyak bahan yang kini diketahui sejarah hukum Anglo-Saxon. Maitland dapat menyaring pelbagai bukti yang bertentangan serta membingungkan dan seterusnya mencari yang benar. Karya- karyanya yang penting termasuklah History of the English Low (1895), yang ditulis bersama dengan Frederick Pollack, dan Domesday Book and Beyond (1897). | UMUM | |
| ARCHER, JOHN LEE | Archer, John Lee (1791–1852), jurutera awam dan arkitek, yang mereka bentuk kebanyakan bangunan- bangunan tertua di Tasmania. Dia mereka bentuk gereja-gereja Old Trinity, Richmond, Bothwell, Hamilton, Battery Point, Stanley dan St. John di New Town. Bangunan-bangunan awam yang paling terkenal hasil reka bentuknya ialah Ordnance Stores , Public Buildings dan Launceston Court House . Rumah Kastam yang direka bentuk olehnya kini merupakan Parlimen Tasmania. Dia juga mereka bentuk sebahagian daripada rumah api di Low Head dan Cape Bruny. Archer lahir di Ireland. | UMUM | |