Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ya] | لويا

Definisi : berasa hendak muntah, muak, mual: tekaknya ~ menjamah kuih-kuih itu; meloyakan menyebabkan berasa hendak muntah: kotoran di tepi jalan itu sungguh ~; peloya orang yg mudah berasa loya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ya] | لويا

Definisi : , = meloya berasa hendak muntah; mual: Tekaknya selalu saja ~ ketika mengandung. meloyakan menyebabkan berasa loya; memualkan: Bau yg hanyir dan busuk ini ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
loya
Kata Terbitan : meloya, meloyakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LOYA UMUM 
MABUK GERAK

Mabuk gerak ialah keadaan rasa loya yang amat

sangat, yang disebabkan oleh perjalanan. Pesakit

menjadi pucat dan berpeluh. Pesakit boleh muntah

sekiranya perjalanan berterusan. Kebayakan orang

yang terjejas akibat mabuk gerak juga mengalami

sendawa, sakit kepala, bersikap acuh tak acuh dan

mengantuk.

UMUM 
MUNTAH

Muntah ialah perbuatan mengeluarkan isi perut

melalui mulut. Muntah mungkin terjadi dari perkara

yang kecil seperti makan berlebihan atau sesuatu

yang serius seperti hampir mati. Muntah mungkin

disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk

kegelisahan, jangkitan bakteria, keradangan kimia

dalam perut, kehamilan, radiasi, ulser, pergerakan

yang luar biasa atau kesakitan yang teruk. Muntah

biasanya didahului oleh loya, satu rasa kurang

menyenangkan dalam perut. (Lihat Loya).

UMUM 
MABUK KETINGGIAN

Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami

pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa

tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali

sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini

disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada

tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan

oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah

sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu,

loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat

kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes,

seseorang akan muntah apabila mengalaminya.

UMUM 
OSTEOMIELITIS

Osteomielitis ialah keradangan tulang dan

sumsum tulang , iaitu bahan bak jeli dalam teras

tulang. Osteomielitis disebabkan oleh jangkitan,

biasanya oleh bakteria yang dikenali sebagai

Stafilokokus aureus . Jangkitan sumsum tulang boleh

berlaku jika seseorang mempunyai patah kompaun.

Dalam patah sedemikian, sumsum tulang boleh

terdedah kepada udara yang mengandungi bakteria.

Dalam kes-kes lain, darah membawa bakteria dari

bisul, dari tonsil yang dijangkiti, atau dari jangkitan di

bahagian lain dalam badan ke sumsum tulang. Gejala

osteomielitis akut termasuk demam, kesejukan,

kesakitan pada tulang yang dijangkiti, dan loya.

Doktor biasanya merawat jangkitan ini dengan

antibiotik. Kadangkala, penyaliran melalui

pembedahan perlu dilakukan. Kelewatan merawat

osteomielitis boleh menyebabkan pemendekan

tulang dan seterusnya kecacatan.

UMUM 

Kembali ke atas