LOYANG | | UMUM | |
PENYURIHAN LOYANG | | UMUM | |
KOPECK | Kopeck ialah duit syiling Rusia yang diperbuat daripada loyang. | UMUM | |
SAKSOFON | Saksofon ialah alat muzik woodwind yang, diperbuat daripada loyang. Ia terdiri daripada tiub dengan pemipit di satu hujung dan berbentuk seperti loceng yang terbuka di bahagian hujung yang satu lagi. Saksofon mempunyai lubanglubang yang dilitupi tuas-tuas yang dikenali sebagai kekunci. | UMUM | |
KARTRIJ | Kartrij ialah kelongsong logam atau kertas yang mengandungi cas letupan dan peluru atau cas untuk letupan. Kartrij yang digunakan bagi senapang dan mesingan ialah silinder loyang dengan tudung tukulan di bahagian bawahnya. | UMUM | |
ASETON | Aseton ialah bahan kimia industri yang penting. Kegunaan utamanya ialah dalam pembuatan sebatian lain. Pengeluaran aseton secara komersial dibuat daripada isopropil alkohol, dengan menggunakan pemangkin seperti loyang atau tembaga. Jagung dan lain-lain bahan berkanji juga merupakan sumber aseton. Untuk mendapatkan aseton, bahan ini ditapai dengan bakteria khusus kemudian disuling. | UMUM | |
KALKOPIRIT | Kalkopirit adalah satu daripada bijih tembaga yang paling banyak didapati dan sumber penting bagi tembaga tulen. Kalkopirit terdiri daripada tembaga, besi, dan sulfur. Ia berwarna kuning loyang dan berkilat. | UMUM | |
DAWAI | Dawai ialah rod logam yang panjang, halus, dan boleh lentur yang keratan rentasnya adalah sekata. Hanya logam mulur, atau logam yang mudah ditarik, boleh digunakan untuk membuat dawai. Logam mulur yang utama ialah tembaga, keluli, loyang, tungsten, emas, perak, dan aluminium. | UMUM | |
TANDA ARAS | Tanda aras ialah titik tetap dan boleh dikenali yang terletak pada ketinggian yang diketahui. Tanda aras biasanya adalah tanda pada objek yang wujud, contohnya pada dinding bangunan. Dalam kes-kes lain, juruukur mungkin memacakkan tiang konkrit ke dalam tanah. Plat loyang di bahagian atas tiang menjadi tanda aras. | UMUM | |
SISTEM PAIP | Sistem paip ialah sistem pemasangan paip yang mengalirkan air ke dalam dan ke luar bangunan. Istilah ini berasal dari Latin iaitu plumbum yang bermaksud logam. Pada zaman Rom purba paip logam digunakan. Kini kebanyakan sistem paip diperbuat daripada loyang, besi tuang, kuprumplastik atau logam keluli. | UMUM | |