TORAJA, satu kelompok etnik di Sulawesi Selatan, Indonesia. Perkataan ‘toraja’ berasal daripada suku kata ‘tau’ atau ‘to’ yang bererti orang dan raja atau ‘riaja’ bererti di sebelah atas atau pergunungan. Sebaliknya orang yang tinggal di pesisir pantai disebut ‘to-lu’ atau ‘to-lu-wu’, sebagai sebutan terhadap penduduk menurut tempat pemukimannya. Selain orang Toraja yang bermukim di daerah Tana Toraja, terdapat juga orang Toraja yang bermukim di Mamasa dalam kabupaten Pole wzli-Mamasa (Polmas). Sebutan Toraja digunakan juga oleh pemerintah Hindia dan Belanda pada abad ke-19, yang ditujukan kepada banyak kelompok kaum yang tinggal di wilayah Sulawesi Selatan dan di wilayah Sulawesi Tengah.
Nabi Muhammad SAW ialah Muhammad ibn
‘Abdullah ibn ‘Abd al-Mutalib ibn Hashim ibn ‘Abd
Manaf ibn Qusay ibn Kilab ibn Murrah ibn Ka‘ab
ibn Lu’ay ibn Ghalib ibn Fihr ibn Malik ibn al-Nadr
ibn Kinanah ibn Mudrikah ibn Ilias ibn Mudar ibn
Nizar ibn Ma‘d ibn ‘Adnan. ‘Adnan berketurunan
Nabi Ismail ibn Ibrahim a.s. Ibu Baginda bernama
Aminah binti Wahab daripada kalangan Bani
Zahrah. Kilab ibni Murrah adalah pertemuan nasab
bapa dan ibu Baginda SAW
Thanks for clicking. That felt good.