RADANG | Radang ialah keadaan luar biasa tisu sebahagian badan manusia yang menjadi bengkak, panas, berwarna kemerahan, dan terasa sakit. Gejala ini timbul akibat tindak balas badan kepada pengganggu fizikal atau kimia atau kepada agen jangkitan seperti bakteria. | UMUM | |
SILIMANIT | Silimanit ialah bahan luar biasa yang tergolong dalam kumpulan besar mineral yang dikenali sebagai silikat (lihat Silika). Formula kimianya ialah Al2SiO5. Silimanit kadangkala dikenali sebagai fibrolit. Ia berwarna perang, hijau pucat, atau putih dan mempunyai kilauan bak kaca. Silimanit wujud di Eropah Tengah, Brazil, dan Amerika Syarikat. Silimanit dinamakan sempena nama ahli sains Amerika, Benjamin Silliman (lihat Silliman, Benjamin). | UMUM | |
MAGIS | Magis ialah penggunaan kuasa luar biasa oleh seseorang untuk cuba mengawal tindakan manusia ataupun kejadian semula jadi. Magis sering kelihatan seperti mendatangkan hasil, tetapi hasil itu mungkin sebenarnya tercapai disebabkan perkara-perkara lain. Contohnya, seseorang mungkin mahu menggunakan ilmu magis untuk membuat musuhnya sakit. Musuhnya yang mengetahui perbuatan ini menjadi takut dan benar-benar jatuh sakit. | UMUM | |
NARWHAL | Narwhal ialah paus yang luar biasa di Artik. Narwhal jantan mempunyai taring yang berpilin kira-kira 2.5 meter panjang yang tumbuh dari bahagian kiri kepalanya. Taring itu sebenarnya adalah satu-satunya gigi narwhal. Sesetengah narwhal, kebanyakannya narwhal betina mempunyai dua taring. Namun biasanya narwhal betina tidak mempunyai taring. Narwhal yang muda menggunakan taring masing-masing untuk bermain-main lawan sesama mereka. Setakat yang diketahui, narwhal dewasa tidak pernah menggunakan taringnya. Bagaimanapun, kebanyakan narwhal dewasa mempunyai hujung taring yang lusuh. Mungkin taring ini digunakan untuk mengocak pasir atau lumpur ketika makan. | UMUM | |
PIS GURUN STURT | Pis gurun Sturt ialah tumbuhan luar biasa yang meliputi kawasan yang luas di bahagian kontang di Australia pada musim yang baik. Tumbuhan merayap ini cepat tumbuh, mempunyai kuntum besar bunga pis berwarna merah tua yang lehernya berwarna gelap. Setiap bunga panjangnya 7.5 hingga 10 sentimeter, dengan satu kelopak yang besar di belakang, dua kelopak kecil di sisi, dan dua kelopak yang panjang bercantum di tengahnya. Bunga yang kembang diikuti dengan lenggai yang sempit, keras, berwarna perang, setiap satunya mengandungi banyak biji keras. | UMUM | |
KAKI TOMBOL | Kaki tombol ialah bentuk kaki yang luar biasa, selalunya terjadi sejak kelahiran. Walau bagaimanapun, ia berkemungkinan juga terjadi kemudian akibat daripada kemalangan atau poliomielitis atau disebabkan penyakit-penyakit lain. Keadaan tersebut juga dinamakan talipes. | UMUM | |
TAMBAK RAKSASA | Tambak Raksasa merupakan pembentukan palam batu luar biasa di sepanjang pantai utara Ireland Utara. Tambak ini mendapat namanya daripada legenda lama bahawa tambak tersebut dibina oleh Finn MacCool, juga dikenali sebagai Fingal, untuk menghubungkan terusan dari Ireland ke Scotland supaya raksasa boleh melaluinya. Finn MacCool, ketua sepasukan pahlawan Ireland, menjadi watak dalam banyak cerita Ireland purba. Tambak ini terdiri daripada kira-kira 40 000 palam basalt yang terjadi dengan jarak yang amat dekat antara satu sama lain. Sesetengah palam tingginya sehingga enam meter. Garisan pusat palam itu antara 35 sentimeter hingga 50 sentimeter. Ahli kaji bumi mempercayai bahawa tambak ini terjadi hasil daripada pengecutan aliran lahar. Lihat juga Basalt. | UMUM | |
PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA | Perkhidmatan Doktor Udara merupakan suatu perkhidmatan perubatan yang luar biasa bermula di Australia. Melalui perkhidmatan ini, penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman menerima perkhidmatan dan rawatan perubatan. Perkhidmatan ini, secara rasminya dikenali sebagai Perkhidmatan Doktor Udara Diraja, berpusat di 12 pangkalan radio utama. Ia terletak di Alice Springs, di Wilayah Utara; Cairns, Mount Isa, dan Charleville, di Queensland; Broken Hill, di New South Wales; Port Augusta, di Australia Selatan; dan Kalgoorlie, Meekatharra, Carnarvon, Port Hedland, Derby, dan Wyndham, di Australia Barat. Dari pangkalan- pangkalan ini, para doktor terbang lebih daripada tiga juta kilometer setahun. | UMUM | |
DALI, SALVADOR | Dali, Salvador (1904–1989), pelukis surealisme. Lukisannya yang luar biasa meletakkannya sebagai salah seorang tokoh yang paling dikenali dalam lukisan moden. | UMUM | |
EVERGLADES | Everglades ialah salah satu kawasan paya yang paling menarik dan luar biasa di dunia. Kawasan ini meliputi 7112 kilometer persegi, di bahagian selatan Florida, Amerika Syarikat. | UMUM | |