PERANG UHUD | Perang Uhud berlaku pada bulan Syaaban, tahun ketiga Hijrah /625 M. antara orang Islam dengan kaum musyrikin Makkah. Antara punca berlaku peperangan ini ialah kaum Quraisy mahu membalas dendam selepas kekalahan mereka di dalam Perang Badar. Dengan demikian, kaum Quraisy seramai lebih kurang 3000 orang keluar menuju ke Madinah. Rasullulah s.a.w. segera bermesyuarat dengan para sahabat sama ada mereka perlu keluar dari Madinah atau bertahan di dalam kota. Pendapat majoriti mahu kaum muslimin menghadapi pihak Quraisy di luar kota Madinah. Orang Islam menuju ke Bukit Uhud dengan tentera seramai 1000 orang. Tetapi semasa di pertengahan jalan, ‘Abdullah ibn ‘Ubay ibn Sulul berjaya melemahkan semangat 300 orang tentera Islam. Mereka kembali semula ke Madinah. | UMUM | |
NEGARA KOTA | Negara kota ialah sebuah negeri yang merdeka atau hampir merdeka yang aktiviti politik dan budaya dilaksanakan dalam satu pusat bandar. Negara kota sering diperintah oleh seorang raja, diktator atau sekumpulan kecil penduduk yang berkuasa. Dalam sesetengah hal, kehidupan politik dikuasai oleh penghuni bandar. Penduduk bandar dan luar bandar mempunyai kuasa politik. | UMUM | |
KAWASAN TAYSIDE | Kawasan Tayside terletak di sebelah timur Scotland. Bandar terbesar ialah Dundee yang separuh penduduknya tinggal di sini. Dundee ialah kota industri tetapi sebahagian besar kawasan ini ialah kawasan luar bandar. | UMUM | |
PULAU LUNDY | Pulau Lundy ialah pulau di Selat Bristol di luar pantai utara Devon di United Kingdom. Ia terletak kira-kira 39 kilometer ke barat Ilfracombe dan 19 kilometer ke utara Tanjung Hartland. Ia berukuran empat kilometer panjang 1 kilometer lebar. Pulau ini merupakan balai cerap burung yang dikawal oleh British Trust for Ornithology. Banyak burun g puffin membiak di Pulau Lundy. Peninggalan Istana Kota Marisco masih terdapat di pulau tersebut. Lundy dimiliki oleh National Trust. | UMUM | |
USMAN AWANG, Dato' | USMAN AWANG, Dato’ (1929 - ), penyair, penulis dan Sasterawan Negara yang ketiga. Dia lahir pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Nama penuhnya ialah Usman bin Awang. Dia juga terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant. Selain itu dia pernah menggunakan nama pena seperti Adi Jaya, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Mua, Rose Murni, Setiabudi, U.A. dan Zaini. Sebagai penyair, dia terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar Negara melalui karya-karya puisinya yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Rusia, Cina, Tamil, Itali, Perancis, Thai, Jepun, Korea, Danish dan Czechoslovak. | SASTERA | Tokoh |