| PERKHIDMATAN LUAR NEGERI | Perkhidmatan Luar Negeri ialah organisasi utama yang menjalankan hal-ehwal antarabangsa sesebuah negara. Perkhidmatan luar negara ditadbir oleh sebuah jabatan kerajaan. Agensi- agensi lain mungkin terlibat dalam bidang kepakaran hal-ehwal luar negeri. Perkhidmatan luar negeri menyediakan latihan peribadi untuk kedutaan (pejabat) di negeri asing. Sesetengah anggota perkhidmatan luar negeri bekerja dalam jabatan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal luar negeri, yang lazimnya dikenali sebagai kementerian luar negeri atau pejabat luar negeri. | UMUM | |
| LUAR WILAYAH | | UMUM | |
| KEMENTERIAN LUAR NEGERI | Kementerian Luar Negeri (KLN) ialah kementerian yang bertanggungjawab mengendali hubungan luar Malaysia dengan negara-negara luar merangkumi bidang politik, ekonomi, keselamatan sosial, dan kebudayaan. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
| DATUK BENTARA LUAR | DATUK BENTARA LUAR, gelaran pembesar dalam kerajaan Melayu. Antara negeri yang menggunakan gelaran ini termasuklah Kelantan dan Johor. Dalam huraian tentang Datuk Bentara Luar ini, rujukan hanya kepada negeri Johor. Pada tahun 1883, kerajaan Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar mewujudkan semula gelaran Datuk Bentara Luar kepada pegawai yang menjadi Ahli Jemaah Menteri. Gelaran Datuk Bentara Luar disandang oleh Muhammad Salleh Perang, yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jabatan Tanah Negeri. Namun begitu pada tahun 1895, berkuatkuasa fasal 39, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, tidak mensyaratkan seseorang itu menjadi menteri bergelar Datuk, sama ada gelaran kepada pegawai kerajaan atau Datuk yang dianugerahkan oleh Sultan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
| PENGAMATAN LUAR DERIA | | UMUM | |
| KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH | Menguruskan hal-ehwal tanah dan koperasi. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
| PUSAT KEWANGAN LUAR PESISIR | tempat di mana suatu urus niaga kewangan dikendalikan untuk pendeposit dan peminjam yang bukan pemastautin. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| KAIN DAGANG LUAR | KAIN DAGANG LUAR, kain sarung yang dipakai di luar baju atau diselempangkan di atas bahu. Di Johor, kain dagang luar dikatakan dipengaruhi oleh orang Bugis yang berdagang menggunakan perahu dari satu tempat ke tempat lain. Kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar ini dijadikan bekas mengisi barang-barang keperluan seperti pakaian, sayuran, buah-buahan dan lain-lain. | BUDAYA | Kraf Tangan |
| APIARI LUAR | Apiari luar lihat Lebah (Penternakan). | UMUM | |
| INSTITUT DIPLOMASI DAN HAL EHWAL LUAR NEGERI (IDHL) | Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar Negeri (IDHL), agensi yang menyediakan latihan formal di peringkat asas dan lanjutan kepada pegawai perkhidmatan luar negeri Malaysia serta pegawai lain dari sektor awam. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |