LUAS | | UMUM | |
THRACE | Thrace ialah nama purba satu kawasan yang luas di Semenanjung Balkan yang menganjur dari utara Macedonia ke Sungai Danube, dan ke timur hingga sejauh Laut Hitam. Wilayah Thrace purba kini terbahagi kepada Bulgaria, Greece, dan Turki. Gunung-ganang di Thrace mengandungi longgokan emas dan perak yang bernilai. Datarannya yang luas digunakan untuk perladangan dan penternakan kuda dan lembu. Penduduk Thrace merupakan orang Indo- Eropah yang menggemari peperangan dan perampasan. | UMUM | |
TAMADUN PURBA | Tamadun Purba adalah satu istilah yang membawa pengertian tamadun-tamadun yang berkembang luas pada zaman silam. Istilah ini digunakan khas bagi menunjukkan cara kehidupan yang terdapat di sekitar Laut Mediterranean dari tahun 3000 S.M. hingga kejatuhan Rom pada tahun 476 M. Ia juga termasuk tamadun besar yang berkembang luas, iaitu yang dibina oleh orang Assyria, Mesir, Ibrani (Hebrew) dan Parsi. | UMUM | |
MORTAR | Mortar ialah sejenis senjata jarak dekat yang digunakan untuk mencapai sasaran dekat yang terlindung oleh bukit atau halangan lain. Mortar menembak peluru pada lengkungan yang luas dan menyingkirkan halangan tersebut. Ia mempunyai sudut tembakan yang lebih luas, laras yang lebih pendek dan halaju laras yang lebih rendah daripada meriam atau howitzer. Mortar adalah ringan, mudah dialih dan mempunyai kuasa tembakan yang tinggi. | UMUM | |
TUNDRA | Tumbuhan yang tumbuh di kawasan luas di bahagian utara hemisfera utara. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
KARAKUM | Karakum ialah gurun luas yang meliputi sebahagian besar Turkmenistan. Karakum meliputi kawasan seluas 350 000 kilometer persegi. | UMUM | |
PUNJAB | Punjab merangkumi dataran yang sangat luas di selatan Asia. Ia terletak sebahagiannya di bahagian utara India dan sebahagian lagi di bahagian timur laut Pakistan. Wilayah Punjab mempunyai kawasan seluas kira-kira 700 000 kilometer persegi. Wilayah itu termasuk negeri Punjab dan Haryana di India dan provinsi Punjab di Pakistan. | UMUM | |
SIBERIA | Siberia merupakan sebuah rantau yang luas dan kurang berpenduduk, terletak di bahagian utara Asia. Siberia terletak di dalam Rusia, dan membentuk kira-kira 75 peratus daripada keluasan Rusia, tetapi hanya 20 peratus daripada penduduk Rusia yang mendiaminya. Sebahagian besar kawasan ini diliputi salji dan ais selama kira-kira enam bulan dalam setahun. Suhunya kadangkala berada di bawah –68° C. | UMUM | |
SAINS | Sains meliputi bidang ilmu pengetahuan yang luas yang menangani fakta cerapan dan hubungan antara fakta tersebut. Perkataan sains berasal daripada perkataan Latin scientia yang bererti pengetahuan. Ahli sains mengkaji berbagai-bagai jenis perkara. Contohnya, sesetengah ahli sains mencari bukti tentang asal usul alam semesta. Penyelidik yang lain mengkaji struktur molekul di dalam sel tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup. Penyelidik atau ahli sains yang lain mengkaji tentang mengapa kita bertingkah laku sedemikian, atau cuba pula menyelesaikan masalah matematik yang rumit. Namun, dalam apa pun bidang kajian mereka, semua ahli sains mengkaji bagaimana cara dunia berfungsi. | UMUM | |
DATARAN | Dataran ialah kawasan tanah yang luas, hampir rata dan tidak terdapat perubahan ketinggian yang mendadak. Dataran biasanya lebih rendah daripada tanah di sekitarnya dan boleh ditemui di tepi pantai ataupun di kawasan pedalaman. | UMUM | |