Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PRETORIA

Pretoria (pend. 525 583; pend. kaw. met.

1 025 790) ialah ibu negara pentadbiran Afrika

Selatan dan bandar yang keempat terbesar. Ia

terletak di utara provinsi Gauteng. Luas kawasan

perbandarannya ialah 630 kilometer persegi.

Pretoria mempunyai banyak jabatan kerajaan dan

beribu-ribu orang pekerja awam.

UMUM 
PEKANBARU

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEKANBARU, kotamadya dan ibu kota Propinsi Riau, Sumatera, Indonesia.  Luas wilayahnya ialah 446, 50 km persegi yang terdiri daripada lapan kecamatan dan 45 desa.  Pekanbaru adalah kota pelabuhan yang berperanan cukup besar dalam mengeksport hasil hutan dan minyak dari Propinsi Riau.  Kota ini berkembang pesat dengan pembukaan kawasan cari gali minyak di Duri, Minas, Dumai, Pedada dan Lirik.  Kota ini juga merupakan pusat pemasaran hasil bumi, antara lain getah dan kayu rimba, dari daerah sekitarnya. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TELUK MEXICO

Teluk Mexico ialah sebahagian daripada Lautan

Atlantik yang melengkung dan besar. Ia hampir

dikelilingi oleh Amerika Syarikat dan Mexico. Teluk

ini membentuk satu lembangan lautan yang luas

dan meliputi hampir 1 800 000 kilometer persegi.

Panjangnya dari utara ke selatan ialah 1300

kilometer dan lebarnya 1770 kilometer. Selat

Yucatán menyambungkan Teluk Mexico dengan

Laut Caribbean, dan Selat Florida mencantumkannya

dengan Lautan Atlantik. Air teluk yang suam

mengalir melalui Selat Florida menjadi arus

Atlantik yang penting yang dikenali sebagai Arus

Telukan (lihat Arus Telukan) .

UMUM 
PENULIS WARTAWAN

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENULIS WARTAWAN, golongan pengarang Melayu yang bekerja sebagai wartawan.  Mereka juga dikenal sebagai penulis ‘wartawan-sasterawan’.  Mereka muncul dan bergiat cergas sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua dan setelah merdeka.  Antara tokoh penting sebelum perang daripada golongan penulis ini ialah Abdul Rahim Kajai, Shamsuddin Salleh, Raja Mansor dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).  Pada zaman selepas perang dan kemerdekaan pula, mereka terdiri daripada Ishak Haji Muhammad, A. Samad Ismail,  Ahmad  Boestamam (Ruhi Hayat) dan Alias Ali.  Mereka memiliki latar belakang pendidikan yang pelbagai dan pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan dan persuratkhabaran.

SASTERAKarya
SAINS SOSIAL

Sains sosial. Umumnya para sarjana mengenal

pasti tiga kategori ilmu: (1) sains semula jadi dan

matematik, (2) ilmu kemanusiaan, dan (3) sains

sosial. Sains semula jadi berhubung dengan alam

dan dunia fizikal. Ilmu kemanusiaan cuba mentafsir

erti kehidupan di dunia bukannya cuba

menjelaskan dunia fizikal atau masyarakat. Sains

sosial memberi tumpuan kepada kehidupan

manusia dengan orang lain dalam sesuatu

kumpulan. Sains sosial termasuklah antropologi,

ekonomi, sejarah, sains politik, sosiologi, psikologi

sosial, kriminologi, dan sains undang-undang.

Sesetengah sarjana menganggap pendidikan, etika

dan falsafah sebagai sebahagian daripada sains

sosial. Kajian dalam lapangan lain, seperti biologi,

geografi, perubatan, kesenian, dan linguistik, juga

dikatakan sebagai sebahagian daripada kategori

sains sosial yang luas.

UMUM 
SEKOCI

SEKOCI, sejenis pengangkutan di air yang digunakan oleh para nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia untuk ke laut menangkap ikan.  Jenis sekoci yang besar berukuran antara 8.2 m hingga 8.5 m panjang dan 1.5 m lebar dan digunakan semasa menjaring atau memukat.   Jenis sekoci yang kecil pula mempunyai ukuran antara 4.5 m hingga 4.9 m panjang dan 1 m luas bukaan perut di bahagian peminggang.  Sekoci kecil digunakan oleh nelayan semasa ke laut mengolak ikan parang atau ke laut perai mengail tenggiri.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
UTUSAN MALAYSIA

UTUSAN MALAYSIA, akhbar bertulisan Rumi yang diterbitkan oleh Syarikat Utusan Melayu Press sejak 1 Disember 1967.  Akhbar ini diterbitkan dengan tujuan untuk menyebar lebih luas maklumat dan berita kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

SASTERAPenerbitan
TAHUN CAHAYA

Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan

oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di

antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam

satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya

bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu

saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan

9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang

terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam

perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya

terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi

adalah tersangat luas hinggakan bintang yang

paling hampir dengan bumi – selain dari matahari

– ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang

(Bintang di dalam alam semesta).

UMUM 
CERITA DARI BLORA

CERITA DARI BLORA, kumpulan cerpen Pramoedya Ananta Toer yang diterbitkan pada tahun 1952. Kumpulan ini mengandungi 11 buah cerpen yang hampir kesemuanya dihasilkan oleh Pramoedya pada tahun 1950, iaitu setelah beberapa bulan dia dibebaskan daripada tahanan. Dalam kata pengantarnya, H.B. Jassin menyatakan bahawa kesedaran yang terdapat pada diri pengarang, mendorongnya mencipta dan mengabadikan sesuatu sebagai kenang-kenangan kepada yang tinggal. Selain itu, terdapat unsur-unsur pengalaman dan kenangan autobiografi dalam kumpulan ini yang dapat dilihat melalui latar belakang sejarah dan kemasyarakatan yang begitu luas.

1">           

SASTERAKarya

Kembali ke atas