LUBANG CEREK | | UMUM | |
KELIANGAN | Keliangan ialah kewujudan banyak lubang atau ruang kecil dalam sesuatu bahan. Dalam sesetengah bahan berliang, seperti arang, barang tembikar dan span, lubangnya bercantum. Gas dan cecair boleh melalui lubang ini. Dalam bahan berliang yang lain, ruang kecil di dalamnya terpisah dari satu dengan yang lain oleh bahan pejal. Batu bata dan jenis getah busa tertentu adalah contoh bahan berliang jenis ini. Bahan ini biasanya berupaya menyerap cecair dan gas. | UMUM | |
NADA | Nada ialah istilah muzik yang digunakan untuk menerangkan nada kunci komposisi muzik itu dikarang. Nyanyian yang dikarang dengan nada C mempunyai C sebagai nada kuncinya, iaitu pusat nada tengah skala C. Nada termasuk ton skala dan kesemua kod yang dibuat daripada ton tersebut. Nada pertama skala itu dikenali sebagai nada kunci atau tonik, dan nada itu mendapat namanya daripada nada pertama. Tiap-tiap satu daripada 12 skala major dan 12 skala minor mempunyai satu nada kunci. Istilah nada juga bererti jari kelengkeng yang membuka dan menutup lubang-lubang bunyi pada alat tiup seperti klarinet atau basun. Alat seperti piano atau organ mempunyai tuas yang dikenali kekunci. Pemainnya menekan kekunci tersebut untuk menghasilkan bunyi. | UMUM | |
TANAH BENAM | Lekukan / lubang berbentuk bulat di permukaan bumi terbentuk akibat runtuhnya gegua di bawah tanah. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
TELAGA | Telaga ialah lubang yang digali di dalam tanah untuk memperoleh cecair. Telaga air merupakan jenis telaga yang paling biasa ditemui. Telaga minyak dan telaga gas asli juga biasa ditemui. Kebanyakan syarikat perlombongan juga menggunakan telaga untuk mengeluarkan garam dan sulfur dari dalam tanah. Mereka mengepam wap atau air panas untuk mengeluarkan bahan-bahan ini. | UMUM | |
MEERKAT | Meerkat ialah haiwan kecil pengorek lubang di Afrika. Ia tinggal dari barat daya Angola hingga ke Afrika Selatan. Meerkat, yang juga dikenali sebagai suricate, terdapat di desa terbuka, kering, yang tanahnya keras dan berbatu. | UMUM | |
CHIPMUNK | Chipmunk ialah haiwan kecil, berjalur yang hidup dalam lubang dalam tanah di Asia dan Amerika Utara. Chipmunk memakan biji-bijian dan kekeras yang dipungut dan disimpan dalam lubangnya. | UMUM | Umum |
TARTARUS | Tartarus, mengikut mitos Yunani yang awal, ialah sebuah lubang yang dalam di bawah permukaan bumi. Jauhnya ke dalam perut bumi adalah sejauh muka ke langit. Tembok tinggi dan sebatang sungai berapi yang dikenal sebagai Phlegethon (atau Pyriphlegethon) mengelilingi Tartarus. | UMUM | |
KETAM REBAB | Ketam rebab ialah haiwan pembuat lubang yang hidup di sepanjang pantai berpasir atau berlumpur dan rawang garam di kawasan tropika dan kawasan sederhana. | UMUM | |
ATRIUM | Atrium ialah bilik tengah dalam rumah orang Rom awal. Dalam atrium terletak perdiangan yang digunakan untuk memasak, tidur dan berhibur. Satu lubang di tengah-tengah bumbung membolehkan asap keluar. Apabila reka bentuk rumah orang Rom meningkat maju, dapur dan perdiangan dipindahkan ke ruang lain. Atrium kekal sebagai ruang tamu rasmi dan pusat kegiatan keluarga. Air hujan yang masuk melalui lubang di tengah-tengah bumbung ditadah dalam besen marmar yang dikenali sebagai impluvium. A trium orang Rom yang tipikal dan terkemudian dihiasi dengan mewah. Lihat Rom Purba (gambar: rumah orang Rom). | UMUM | |