| SMOLLETT, TOBIAS GEORGE | Smollett, Tobias George (1721–1771) ialah salah seorang penulis novel awal Inggeris yang hebat. Novelnya yang disampaikan secara tidak teratur menceritakan kisah lucu dan kadangkala lucah yang berlaku dalam kehidupan watak utama. Novelnya dibaca kerana watak ganjil, satira sosial yang getir, dan semangat lucunya yang meluas. | UMUM | |
| KELUCAHAN DAN PORNOGRAFI | Kelucahan dan pornografi ialah istilah yang digunakan bagi merujuk bahan yang ditulis, direkod, atau bergambar – termasuk filem – yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai tidak sopan dan dengan melihatnya sebagai menjelikkan. Istilah kelucahan boleh juga merujuk kepada bahasa atau tingkah laku yang dipercayai merosakkan moral orang awam. Istilah pornografi terutamanya merujuk, kepada bahan bercetak atau gambar lucah yang tujuan utamanya adalah jelas untuk menimbulkan keghairahan seks. | UMUM | |