Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj alat utk menangkap ikan (yg mem­bolehkan ikan masuk tetapi tidak boleh keluar), bubu: dilihatnya orang mengambil ikan drpd ~nya; ~nya mengena ki tipu muslihatnya berhasil; menahan ~ memasang lukah; bagai ~, tak penuh oleh air prb perihal budak yg tidak berasa kenyang (selalu hendak makan sahaja); bagai menyandang ~ tiga prb men­jalankan (melakukan) pekerjaan yg sukar sungguhpun tidak berat; memasang (menahan) ~ di penggentingan prb mencari keuntungan dr kesempitan (kesukaran) orang; melukah menangkap ikan dgn lukah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat utk menangkap ikan yg dibuat drpd bilah-bilah rotan dsb dan dipasangi injap pd mulutnya; bubu: menahan ~ meletakkan lukah di dlm air utk menangkap ikan; memasang lukah. melukah menangkap ikan dgn lukah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lukah I

Puisi
 

Sayang Cik Ali memasang lukah,
     Lukah dipasang di Tanjung Jati;
Jangan tuan berhati susah,
     Ibarat rambut disimpul mati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menyandang lukah tiga.

Bermaksud :

Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menyandang galas tiga).

 

Lihat selanjutnya...(11)

407

The more you get, the more you want

Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.

Tiada lukah yang kenyang oleh air

I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you get, the more you want. Now, I think that amount is not enough.

Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi tiada lukah yang kenyang oleh air. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARIAN BUBU

TARIAN BUBU, tarian yang menggunakan bubu.  Tarian ini kadang-kadang disebut juga tarian lukah.  Yang menari adalah sebuah bubu yang dipuja dan dijampi oleh seorang bomoh atau dukun.  Selain bomoh, beberapa orang pembantu diperlukan untuk menjayakan tarian ini.  Di Pahang, pembantu bomoh atau dukun yang menjayakan tarian ini haruslah seorang lelaki yang gagah dan bertenaga. Tetapi di Perak, pembantunya terdiri daripada seorang perempuan dan dua orang lelaki.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas