Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.na/] | لونق

Definisi : 1. lwn keras, empuk, lembut: buah ini isinya manis ~; binatang ~ binatang tidak bertulang belakang yg lembik badannya dan biasanya berkulit keras (spt siput, tiram, sotong, dll); 2. ki tidak keras (suara, bunyi, dll), lembut: ia menjawab dgn suara ~ memujuk; 3. tidak cepat marah, sabar, tenang: wanita itu sifatnya ~; 4. tidak keras (mem­pertahankan pendiriannya dll), tidak degil; ~ hati mahu menurut kata orang, tidak degil; ~ disudu, keras ditakik prb yg mahu menurut kata diperlakukan dgn lemah lembut, yg menentang digagahi; ~ gigi drpd lidah prb bersikap lemah lembut atau merendahkan diri; melunak menjadi lembut, (hati, sikap, dll): matanya yg garang menyala itu lambat­-laun ~ kembali; melunaki bersikap lembut (sabar dsb) kpdseseorang, mengenakan kata-kata yg haluskpd seseorang, membujuki; melunakkan mengempukkan (makanan dll), melembutkan (hati, suara, dll): Sidik dgnsengaja ~ suaranya; memperlunak menjadikan lebih lunak: pemerintah Perancis masih saja tidak ~ sikapnya terhadap bangsa Arab; ~ hati ki melembutkan hati, meredakan (menenang­kan) hati; kelunakan perihal lunak, kelembutan: ~ pendirian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.na/] | لونق

Definisi : 1 lembut; empuk: Buah pauh ini ~ isinya. binatang ~ binatang yg tidak bertulang belakang lagi lembik badannya dan selalunya berkulit keras (spt siput, tiram). 2 lembut dan merdu (bkn suara atau bunyi): Penyanyi itu sangat ~ suaranya. 3 tidak lekas marah; sabar. melunakkan 1 menjadikan lunak; mengempukkan (makanan dll). 2 melembutkan suara (hati dll). kelunakan keadaan lunak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lunak
Rujuk :lembut

Peribahasa

Lunak gigi daripada lidah.

Bermaksud :

Merendahkan diri; bersikap lemah-lembut.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUBUR

BUBUR, makanan yang lunak dan berair; diperbuat daripada beras, pulut, jagung, kacang hijau, kacang merah atau gandum.  Bahan ini direbus dengan air sehingga empuk dan kemudian dicampur dengan santan dan gula bagi bubur manis atau dengan garam bagi bubur lemak.

BUDAYAMakanan
NABI DAUD A.S.

Nabi Daud a.s. ialah salah seorang daripada Nabi

Allah yang diutuskan kepada manusia. Baginda

adalah anak kepada Yahudha ibn Ya‘kub ibn Ishak

ibn Ibrahim Khalil al-Rahman alaihissalam. Allah

SWT telah menurunkan kepadanya kitab Zabur

yang mengandungi pengajaran, teladan, kata-kata

hikmah dan zikir-zikir yang memuji Allah. Allah juga

telah mengurniakannya ilmu pengetahuan dan

kepetahan berucap di samping kedudukan sebagai

seorang nabi dan raja. Nabi Daud a.s. mempunyai

suara yang sangat lunak dan merdu hinggakan

apabila membaca kitab Zabur, burung-burung yang

terbang akan berhenti dan hinggap di dahan pokok

sambil berkicau mendengar bacaannya. Burung-

burung itu juga akan turut bertasbih apabila Nabi

Allah Daud bertasbih. Begitu juga dengan gunung-

ganang. Ia akan mengiringi Nabi Daud a.s. berzikir

pada waktu pagi dan petang. Nabi Daud a.s. banyak

melakukan amal ibadat pada waktu malam,

berpuasa pada waktu siang dan banyak

menghabiskan masanya dengan beribadat di masjid.

Allah SWT memberikan keistimewaan dan

mukjizat kepadanya iaitu gunung-ganang turut

mengiringinya bertasbih pada waktu pagi dan

petang. Burung-burung akan berkicau

mengiringinya apabila Nabi Daud a.s. membaca

kitab Zabur. Nabi Allah Daud dapat memahami

bahasa pertuturan burung. Bahkan turut mampu

melembutkan besi dan melenturnya dengan tangan

seolah-olah membuat adunan tepung. Selain

daripada itu, Nabi Allah Daud juga pakar dalam

membuat perisai perang.

UMUM 
ABU AL-ALIYAH RUFAY

Abu al-Aliyah Rufay (? –93 H./? –711 M.), imam

yang hebat bacaan al-Qur'annya (qari), hafiz dan

ahli tafsir yang ternama. Nama penuhnya ialah

Abu al-Aliyah Rufay ibn Mahran al-Riyahiy al-

Basriy. Sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW,

usianya masih muda dan dia memeluk Islam pada

zaman Abu Bakar al-Siddiq dan mula tekun

mempelajari Islam. Dia sering mendengar

pengajaran daripada Umar, Ali, Ibn Mas’ud,

Aisyah dan para sahabat besar yang lain. Dia hafaz

al-Qur'an dan membacanya di hadapan Ubay ibn

Ka’b. Dia amat bersemangat menyebarkan ilmunya

lantaran suaranya yang lunak. Ramai yang telah

belajar qira’at dengannya.  Antara mereka ialah

Su’ayb ibn al-Habhab, dan Abu ‘Amru ibn al-’Aka’.

Dia mempunyai ilmu pengetahuan

yang luas dan mengamalkan sunnah. Dia terkenal

dengan sifatnya yang zuhud, warak dan

mengelakkan diri daripada fitnah.

UMUM 

Kembali ke atas