Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lun.cur] | لونچور

Definisi : 1. = meluncur melungsur, mengge­longsor: anak itu ~ drpd pangkuan ibunya; 2. lucut (drpd pegangan dll), lelap (barang gadaian): barang yg digadaikan itu telah ~; 3. bergerak dgn cepat (kereta dll): sebuah kereta besar meluncur masuk dan berhenti di sisinya; 4. keluar dgn lancarnya (kata, percakapan, dll): suatu teguran sedia melun­cur drpd mulut ayahnya; ~ air sukan yg menggunakan papan luncur utk meluncur di atas permukaan laut yg berombak tinggi; ~ ais sukan yg menggunakan sepatu luncur yg berbilah besi di bahagian tapak utk meluncur di permukaan gelanggang ais yg rata dan licin; ~ angin sukan air yg menggunakan papan luncur yg dilengkapi dgn layar, palang dll, yg peluncurnya berdiri di atas papan luncur tersebut; ~ salji sukan yg menggunakan papan luncur yg dipasangkan pd kasut, dan dua batang tongkat utk mem­bantu pergerakan di kawasan bukit yg bersalji; berseluncur meluncur-luncur di tempat yg licin (di atas lumpur dll); meluncuri bergerak dgn cepat di, meluncur di: sebuah kereta ~ jalan yg sepi itu; meluncurkan 1. melancarkan, melungsur­kan: ~ kapal; 2. mengeluarkan (kata-kata dll) dgn lancar: ia pun ~ kata-kata ini; terluncur terlepas ke bawah, tergelincir; luncuran gerakan meluncur: dr segi teori utk menghasilkan ~ yg maksimum, sudut balingan mestilah 45º; peluncuran 1. tempat utk meluncur; 2.perihal (perbuatan atau proses) meluncur,meluncuri atau meluncurkan; peluncur 1. orang yg meluncur (dlm luncurair, luncur ais dsb); 2. alat yg digunakan utkmeluncur atau meluncurkan; pesawat ~ Id sj pesawat (kapal) terbang yg tidak memakai enjin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lun.cur] | لونچور

Definisi : 1 lucut drpd pegangan; terlepas; lulus: Wangnya ~ dr poket. 2 tidak berlaku lagi (bkn janji dll); lelap (bkn barang gadaian): Jam tangan yg digadaikannya itu telah ~. ~ air sukan yg menggunakan papan luncur utk meluncur di atas permukaan laut yg berombak tinggi. ~ ais sukan yg menggunakan sepatu luncur yg berbilah besi di bahagian tapak utk meluncur di permukaan gelanggang ais yg rata dan licin. ~ angin sukan yg menggunakan papan luncur yg dilengkapi layar, palang dll, yg peluncurnya berdiri di atas papan luncur sambil berpegang pd palang yg dipasangi layar. ~ salji sukan yg menggunakan papan luncur yg dipasangkan pd kasut, dan dua batang tongkat utk membantu pergerakan di kawasan bukit yg bersalji. meluncur 1 menggelongsor turun; melungsur: ~ dr tebing ke dlm sungai. 2 bergerak dgn pantas: Kereta tsb ~ masuk ke pekarangan rumah Ahmad. meluncuri bergerak dgn cepat di: Kereta itu ~ jalan yg kecil dan gelap. meluncurkan menggerakkan sesuatu dgn cepat; melancarkan: ~ perahu. terluncur terlepas ke bawah; tergelincir. luncuran gerakan meluncur. peluncuran perihal (perbuatan dsb) meluncur, meluncuri atau meluncurkan. peluncur 1 orang yg meluncur (dlm luncur air, luncur angin dsb). 2 alat yg digunakan utk meluncur atau meluncurkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luncur
Kata Terbitan : meluncur, meluncurkan, terluncur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LUNCUR ANGIN UMUM 
LUNCUR AIS UMUM 
LUNCUR AIR UMUM 
PERMAINAN LUNCUR AIR

Permainan luncur air, sejenis sukan air yang

menguja dengan pemainnya “menunggang” buih

ombak di lautan. Penduduk di pulau yang kini

dikenali sebagai Hawaii telah bermain luncur air

sebelum penjelajah Christopher Columbus belayar

ke Dunia Baru pada tahun 1492. Sekarang permainan

luncur air sangat popular di banyak negara, termasuk

Australia , Brazil, Perancis, Indonesia, Jepun, Portugal,

Peru , Afrika Selatan, dan Amerika Syarikat.

UMUM 
SUKAN KERETA LUNCUR

Sukan kereta luncur juga dikenali kereta

gelongsor ialah sukan musim sejuk yang pantas dan

berbahaya dalam satu pasukan terdiri daripada dua

atau empat orang meluncur di lereng yang curam

dengan menggunakan kereta luncur salji yang

diperbuat daripada keluli dan kaca gentian. Kereta

luncur ini boleh mencapai kelajuan sehingga 150

kilometer sejam. Pasukan yang mencapai masa

keseluruhan yang paling cepat selepas

menghabiskan empat pusingan memenangi acara

ini.

UMUM 
KERETA LUNCUR SALJI UMUM 
PENYELAMAT LUNCUR AIR UMUM 
SUKAN AIR

Sukan air lihat Berenang; Bermain ski; Luncur

air; Memancing; Menyelam.

UMUM 
MALAMUTE ALASKA

Malamute Alaska ialah anjing kereta luncur salji

yang kuat, tahan lasak dan berbulu lebat, yang

berasal dari Alaska. Orang Inuit yang dikenali

sebagai Malemiut membiakkan baka ini. Malamute

ialah anjing yang besar dan berbadan tegap, yang

tingginya sehingga 70 sentimeter dan beratnya kira-

kira 50 kilogram.

UMUM 
PERMAINAN KASUT RODA

Permainan kasut roda ialah suatu bentuk sukan

dan rekreasi, di mana pemain meluncur dengan

menggunakan kasut roda . Sesetengah orang

meluncur di laluan jalan kaki dan di kawasan taman,

sementara yang lainnya meluncur di gelanggang

luncur dalam bangunan bersama iringan muzik.

Ramai juga yang mengambil bahagian dalam

pertandingan permainan kasut roda. Joseph Merlin,

pereka cipta dan juga tukang pembuat alat muzik

Belgium telah mencipta kasut roda kira-kira pada

tahun 1760.

UMUM 
12

Kembali ke atas