Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-MA'IDAH

Surah al-Ma’idah ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang kelima mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

120 ayat. Surah ini dinamakan al-Ma’idah (hidangan)

berdasarkan perkataan itu yang disebut di

dalamnya. Surah al-Ma’idah menceritakan tuntutan

golongan Hawari kepada Nabi Isa a.s. sebagai bukti

kebenaran kenabiannya. Penyempurnaan tuntutan

itu menjadi hiburan bagi mereka. Kisah al-Ma’idah

ini sangat mengagumkan dan terkandung di dalam

banyak ayat al-Qur’an dengan gambaran yang halus

daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

UMUM 
MA’ARRIY, ABU AL-‘ALA’ AL-

Ma’arriy, Abu al-‘Ala’ al- (363 H.–449 H./973 M.–

1057 M.), penyair Arab. Nama penuhnya ialah

Ahmad ibn Abdullah ibn Sulayman ibn Muhammad

ibn Sulayman al-Ma’arriy al-Tanukhiy. Salasiah

datuknya berakhir pada al-Nu’man ibn ‘Adiy. Nama

panggilannya Abu al-‘Ala’ dan dia menggelarkan

dirinya ‘Rahin al-Muhbisin’ (tawanan penjara).

‘Muhbis’ yang dimaksudkan kerana dia hilang

penglihatan, justeru dia mengurungkan diri di

dalam rumah dan mengasingkan diri daripada

masyarakat. Dia lahir di Ma’arrah al-Nu’man, Syam,

yang menurut sesetengah ahli sejarah dinisbahkan

kepada al-Nu’man ibn ‘Adiy.

UMUM 
SURAH AL-MA‘UN

Surah al-Ma‘un ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-107 mengikut susunan

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

tujuh ayat. Surah ini dinamakan al-Ma‘un

berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit

pertolongan (kepada orang yang berhak

mendapatkannya”.

(Surah al-Ma‘un 107:7)

UMUM 
MA YUAN

Ma Yuan ialah pelukis yang terkenal daripada ahli

keluarga pelukis Cina yang dihormati. Bersama-sama

rakan pelukisnya, Xia Gui (juga dieja dengan

Hsia Kuei), Ma Yuan telah menghasilkan sebahagian

daripada lukisan landskap dengan menggunakan

dakwat terkenal pada awal tahun 1200-an pada

Zaman Song (Sung) Selatan di China.

UMUM 
SURAH AL-MA‘ARIJ

Surah al-Ma‘arij ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-70 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 44 ayat.

Surah ini dinamakan al-Ma‘arij (tempat-tempat

turun naik) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

“Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir

Makkah, secara mengejek-ejek) meminta

kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,

azab yang disediakan untuk orang-orang yang

kafir, yang tidak ada sesiapa pun dapat menolak

kedatangannya – dari Allah yang menguasai

tempat-tempat turun naik”.

(Surah al-Ma‘arij 70:1–4)

UMUM 
MA WARA’ AL-NAHR, PEMBUKAAN,

Ma Wara’ al-Nahr, Pembukaan, siri

pembukaan negara oleh orang Islam di sebelah

timur negara Islam pada zaman pemerintahan Bani

Umayyah, khususnya pada zaman Khalifah al-Walid

ibn Abd al-Malik. Pembukaan ini adalah di bawah

pimpinan Qutaybah ibn Muslim dan Muhammad

ibn al-Qasim. Ma Wara’ al-Nahr ialah negeri-negeri

yang terletak di antara Sungai Jayhun dengan

Sungai Wiriy, meliputi negeri Takharstan,

Saghaniyan, Samarkand, Bukhara, Khawarizm, dan

Ashru. Sebelum negeri ini ditakluk, orang-orang

Islam telah mengepung dan menghalang laluan

orang Rom. Selepas itu, berlakulah penaklukan di

bahagian timur negara Islam dan ia terus kekal di

bawah pemerintahan Islam. Masa pembukaan itu

adalah antara tahun kejatuhan al-Mada’in, iaitu

pada tahun 16 H./637 M. dan pelantikan Qutaybah

ibn Muslim sebagai pemimpin di Khurasan pada

tahun 85 H./704 M.

UMUM 
MOHD. MA'AMON NORMOHD. MA’AMON NOR (  ? -   ? ), nasionalis Sarawak. Mohd. Ma’mon Nor atau lebih dikenal dengan nama Mohd. Nor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Joseph, Kuching, Sarawak. Dia adalah anak Melayu pertama di Sarawak yang lulus peperiksaan Junior Cambridge pada tahun 1932. Dia pernah berkhidmat di Jabatan Pos dan Telegraf selama dua setengah tahun sebelum menceburi bidang perniagaan dan menubuhkan sekolah malamnya sendiri.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MA’LUF, LUWIS

Ma’luf, Luwis (1283 H.–1366 H./1867 M.–1946 M.),

sarjana Arab dan tokoh ilmuwan dalam bidang

sebaran am dan kewartawanan pada zaman

kebangkitan moden.

UMUM 
DAIRAT AL-MA'ARIF AL-WATANIYYAH

DAIRAT AL-MA’ARIF AL-WATANIYYAH, sekolah agama. Ia juga dikenal sebagai Dairatul Ma’arif. Madrasah ini terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Madrasah ini didirikan oleh Haji Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Haji Abdullah Fahim, pada tahun 1926. Pada peringkat awal, pengajian agama di madrasah ini dijalankan secara ‘umumi’ sahaja. Pada tahun 1927, sistem pengajian ‘nizami’ diperkenalkan. Pengajian terhad kepada pelajar lelaki sahaja. Pada tahun 1935, barulah kelas untuk pelajar wanita diadakan, tetapi secara berasingan.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MA ZHIYUAN

Ma Zhiyuan (1270-1330), pujangga Yuanqu yang terkenal pada zaman Dinasti Yuan (1279-1368).

SASTERATokoh
1234

Kembali ke atas