Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.had] | معهد

Definisi : Ar tempat atau pusat pembelajaran agama Islam: aku berminat utk belajar di ~ itu, tetapi terpaksa menghadapi satu ujian kelayakan utk belajar di situ; ~ tahfiz pusat pengajian utk menghafal dan mengkaji al-Quran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.had] | معهد

Definisi : tempat atau pusat pembelajaran agama Islam. ~ tahfiz pusat pengajian utk menghafal dan mengkaji al-Quran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maahad


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAAHAD EL-EHYA AL-SHARIF

Maahad el-Ehya al-Sharif, sekolah agama dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MAAHAD MUHAMMADI

Maahad Muhammadi, sekolah menengah agama yang tertua di Kelantan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF

MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF, sekolah agama dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. Sekolah ini didirikan pada 15 April 1934, di Gunung Semanggol, Perak. Pengasasnya ialah Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abdul Rahman dan Penghulu Abdul Manaf. Al-Ehya Assharif membawa maksud ‘menghidupkan kemuliaan’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ABU BAKAR AL-BAQIR

Abu Bakar al-Baqir (1907–1973), tokoh politik,

agama dan pendidik Malaysia. Dia ialah pengasas

Maahad el-Ehya al-Shariff, Gunung Semanggol,

Perak. Dia juga ialah pengasas Hizbul Muslimin,

sebuah parti politik yang ditubuhkan pada tahun

1948.

UMUM 
ABDUL HADI MUHAMMADABDUL HADI MUHAMMAD (1954-  ), penulis. Dia lahir di Kampung Humalanas, Takbai, Wilayah Narathiwat, Thailand Selatan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Maahad Muhammad, Kota Bharu, Kelantan. SASTERAKonsep
PEPERMAS

PEPERMAS, organisasi ekonomi orang Melayu. PEPERMAS ialah singkatan Pusat Perekonomian Melayu Semalaya. Pertubuhan ini dibentuk pada 23 Mac 1947 dalam kongres yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Agama (MATA). Kongres ini berlangsung dari 22 hingga 24 Mac 1947 di Maahad el-Ehya Assharif, Gunung Semanggul, Perak. Seramai 2000 orang hadir dalam kongres tersebut. Mereka terdiri daripada cendekiawan Islam, ulama dan usahawan. Turut hadir ialah perwakilan dari Singapura dan beberapa wilayah Sumatera.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MOHAMMED YUSOF ABU BAKAR

MOHAMMED YUSOF ABU BAKAR (1930-    ), penulis khat. Dia lahir pada 14 Oktober 1930 di Bachok, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tawang (1939) dan Sekolah Melayu Bachok (1941). Kemudiannya dia menyambung pelajarannya di Madrasah al-Muhammadiyah al-‘Arabiyah di Kota Bharu (1942-1949). Dia juga mendapat Sijil Perguruan di al-Maahad al-‘ilmi al-Su’udi, Makkah (1954). Di samping itu, dia mengikuti pelajaran agama dan bahasa Arab di Masjidilharam. Pada tahun 1956, dia ke Mesir dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Sastera, di Universiti Kaherah. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Arab pada tahun 1961.

BUDAYATokoh
SHARIFAH AINI

SHARIFAH AINI, Datuk (1953-    ), biduanita negara dan pelakon. Nama sebenarnya ialah Sharifah Aini binti Syed Jaafar. Beliau lahir pada 2 Julai 1953 di Singapura dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim dan Sekolah Agama Maahad Johor Baru. Ketika di bangku sekolah lagi, beliau telah menunjukkan bakatnya dalam bidang seni suara, iaitu dengan membaca al-Quran dan menyanyi. Beliau pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan membaca al-Quran dan memenangi hadiah Johan Seni di sekolahnya pada tahun 1968. Pada tahun 1969, beliau menyertai peraduan nyanyian anjuran Radio dan Televisyen Singapura (RTS) dan berjaya menduduki tempat kedua.

BUDAYATokoh
MOKHTAR PETAH

 

MOKHTAR PETAH (1934-     ), penulis dan wartawan. Dia lahir pada 3 Julai 1934 di Kampung Ngor, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohd. Mokhtar bin Mohd. Petah. Dia pernah memakai nama samaran M. Pathy, Shabab Asmara atau Noor Iskandar. Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sauk, Kuala Kangsar hingga Darjah Lima (1941-1945). Kemudian Mokhtar melanjutkan pelajaran ke sekolah agama rakyat, Sekolah Agama Nurul Anwar, Lenggong, Perak, Madrasah Ihlaa, Padang Rengas, Perak dan Madrasah Dairat al-Ma’arif al-Wataniyyah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Pada tahun 1960-an, dia mengikuti kursus perguruan Islam di Maahad el-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak.

SASTERATokoh

Kembali ke atas