Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi se-nyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~ senyuman yg manis benar; ~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~, di dlm bagai hem-pedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = air ~ air manis yg terdapat dlm bunga atau dlm sarang lebah; manisan. 2 ki manis serta menarik sekali: senyum ~ senyum yg manis sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
madu (kata nama)
Bersinonim dengan manisan lebah, manisan, nira, sari, nektar, misan.,

Puisi
 

Sayang ke laut memedil burung,
     Madu kelapa di dalam puan;
Tujuh laut sembilan gunung,
     Saya tak lupa denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Laut madu berpantaikan sakar (= gula).

Bermaksud :

Perkataan yang manis yang keluar dari mulut orang yang baik rupa.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MADU

Madu ialah bendalir yang manis, pekat yang

dihasilkan oleh lebah dari nektar bunga. Nektar

ialah cecair yang cair. Lebah menyedutnya dari

bunga mekar dan membawanya ke sarang. Setiap

lebah pekerja mempunyai kantung dalam

badannya yang dikenali sebagai perut madu,

tempat nektar disimpan. Dalam kantung ini, gula

dan nektar diuraikan oleh proses yang dikenali

sebagai <I>inversi I>menjadi dua gula ringkas, iaitu

<I>fruktos I>dan <I>glukos. I>Selepas lebah menyimpan

nektar dalam sarangnya, ia membiarkan

kebanyakan air menyejat dan cecair menjadi pekat.

Ia juga menambahkan enzim yang menyedapkan

rasanya.

UMUM 
DESERET

Deseret ialah perkataan yang bermakna <I>lebahI>

<I>madu I>dalam <I>Kitab MormonI>. Penganut mazhab

Mormon menjadikan lebah madu sebagai simbol

kerja kuat untuk mencapai kejayaan di kediaman

mereka di Salt Lake Valley, Amerika Syarikat.

UMUM 
AMBROSIA

Ambrosia ialah bahan ajaib yang dimakan oleh

dewa dalam mitologi Yunani dan Rom. Ambrosia

dimakan dengan madu, iaitu minuman dewa.

Manusia yang memakan ambrosia dan meminum

madu menemui maut. Perkataan <I>ambrosia I>

bermakna <I>berbau harum I>atau <I>sedap I>. Lihat juga

Madu.

UMUM 
LOKUS MADU UMUM 
RATEL

Ratel ialah haiwan bak badser yang hidup di Arab

Saudi, India, Nepal, dan di sebahagian besar Afrika.

Ia juga dikenali sebagai <i> badger madu i> kerana ia

sering memakan madu.

UMUM 
SNAPDRAGON

Snapdragon ialah sekumpulan tumbuhan tahan lasak yang

bunganya berwarna-warni. Setiap bunga mempunyai dua bibir

yang terbuka seperti rahang apabila sisi dipicit. Lebah madu

membuka bibir bunga ini untuk mendapatkan madu.

Apabila tekanan dilepaskan, bibir bunga tertutup.

UMUM 
KOLONI

Koloni lihat Beaver; Haiwan (Kawasan tempat

tinggal; Hidup berkumpulan); Lebah (Koloni lebah

madu); Semut (Kehidupan dalam koloni semut).

UMUM 
VEGETARIANISMEVegetarianisme merupakan suatu amalan diet yang menghindari daging seperti daging lembu, khinzir, ayam, dan ikan dan mungkin juga termasuk produk daripada haiwan tersebut seperti gelatin, susu dan hasilan tenusu (keju, mentega), telur, madu dan sebagainya.PEMAKANANProses/Tindak Balas
SARANG

Sarang ialah tempat yang disediakan oleh haiwan

untuk membesarkan anaknya. Lihat juga Burung

(Membina sarang; gambar: Jenis sarang burung) ;

Haiwan (Tempat tinggal); Lebah (koloni lebah

madu); Penyengat; Semut (Sarang); Sup sarang

burung; Tebuan; Tupai (tempat tinggal) .

UMUM 
NEKTAR

Nektar ialah cecair manis yang dikeluarkan oleh

kebanyakan bunga. Serangga terbang dari bunga

ke bunga untuk menghisap nektar. Kelenjar nektar

biasanya terletak di bahagian bawah bunga, dan

serangga terpaksa mengesat debunga untuk

sampai ke nektar. Serangga membawa debunga

dari tumbuhan ke satu tumbuhan. Lebah

mengumpul nektar, dan menukarkannya menjadi

madu.

Lihat juga Lebah (Membuat madu).

UMUM 
12

Kembali ke atas